Sunday, January 31, 2010

Keajaiban no 19 dalam Quranul Karim

19 Satu: Ayat Pertama Dalam Quran

Tahukah anda basmalah merupakan ayat pertama yang menjadi permulaan Kitab Allah Yang Mulia ini?

Maka ketahuilah bahawa jumlah huruf dalam "bismillahirrahmanirrahim" ada 19

19 Dua: Surah Pertama Dalam Quran

Kita telahpun ketahui bahasawanya ayat pertama Quran mengandungi 19 huruf. Mari kita lihat pula surah pertama dalam Quran iaitulah surah Al-Fatihah.



Surah ini mengandungi 6 ayat jika tidak dimasukkan basmalah yang mana ia tidak dikira sebagai ayat dalam surah yang lain selain dari Al-Fatihah.

19 huruf dalam basmalah apabila didarabkan dengan baki ayat dalam surah Al-Fatihah, maka akan terhasillah satu nombor yang kita telah sedia maklum.

19 x 6 = 114


114 adalah nombor yang mewakili jumlah surah yang terdapat dalam Al-Quran Al-Karim. SubhanAllah!

19 Tiga: Surah Terakhir Dalam Quran


Kita telahpun melihat tentang surah pertama dalam Quran. Mari kita lihat pula surah yang terakhir yang ditulis dalam Mushaf yang suci ini. Iaitulah surah Al-Naas.

Surah ini mengandungi 6 ayat jika tidak dimasukkan basmalah yang mana ia tidak dikira sebagai ayat dalam surah yang lain selain dari Al-Fatihah.

19 huruf dalam basmalah apabila didarabkan dengan baki ayat dalam surah Al-Fatihah, maka akan terhasillah satu nombor yang kita telah sedia maklum.


19 x 6 = 114


114 adalah nombor yang mewakili jumlah surah yang terdapat dalam Al-Quran Al-Karim. SubhanAllah!

19 Tiga: Surah Terakhir Dalam Quran

Kita telahpun melihat tentang surah pertama dalam Quran. Mari kita lihat pula surah yang terakhir yang ditulis dalam Mushaf yang suci ini. Iaitulah surah Al-Naas.

Jumlah ayat dalam surah ini juga adalah 6 ayat dan basmalah tidak termasuk dalam perkiraan ayat.

Maka, jalan pengiraan yang sama juga digunakan seperti surah pertama dalam
Quran.

19 x 6 = 114 = jumlah surah dalam Quran.

Ada alaqah ataupun perkaitan antara keduanya. Surah pertama dan surah terakhir dalam Quran, kedua-duanya mengisyaratkan kepada jumlah bilangan surah dalam Al-Quran seluruhnya. masyaAllah tabarakAllah!


19 Empat: Ayat Pertama Yang Diturunkan






Kiralah sendiri. Kalau anda seorang yang pandai mengira anda akan dapati jumlah kalimah ataupun perkataan dalam kelima-lima ayat ini berjumlah 19


19 Lima: Ayat Terakhir Yang Diturunkan kalimah! Allahu akbar!



Tak perlu diperpanjangkan lagi kalam. Semuanya berjumlah 19 kalimah!

Kita dapati disini juga terdapat alaqah yang sama antara ayat pertama dan ayat terakhir yang diturunkan. Sepertimana juga surah pertama dan terakhir tadi, kedua-duanya mengisyaratkan kepada jumlah bilangan surah dalam Al-Quran. masyaAllah tabarakAllah!

19 Enam: Pertuturan Pertama Yang Diucapkan Oleh Seorang Hamba Kepada Tuhannya

Ayat pertama dalam Fatihah merupakan basmalah. Ayat kedua pula merupakan pujian kepada Allah.
Ayat ketiga dan keempat merupakan sifat Allah dan kedudukan-Nya sebagai Raja kepada Hari Pembalasan. Maka ayat kelima merupakan ayat pertama yang menjadi perbualan antara kita sebagai hamba dengan Allah sebagai Tuhan yang mencipta. Dengan adanya dhomir anta (huruf kaf) dan huruf nun sebagai dhomir nahnu yang membawa maksud kami, ayat kelima ini jelas sebagai satu perbualan.


Kepada-Mu kami menyembah dan kepada-Mu kami memohon pertolongan

Kome pun tau apa yangsaya nak cakap kan. Kiralah sendiri. Jumlah huruf dalam ayat ini adalah 19 huruf! SubhanAllah Maha Suci Allah!

19 Tujuh: Doa Pertama Seorang Hamba


Doa pertama yang dipohon oleh seorang hamba kepada Allah adalah dari ayat ke-6 daripada surah Al-Fatihah.


Tunjukkanlah kami jalan yang lurus

Perlu cakap juga? 19 huruf syeikh! Allahu Allah masyaAllah tabarakAllah!

Cukup lah kot saya bawakkan 7 je fakta tentang 19 nih. Hakikatnya ada berbelas-belas lagi. Indah bukan mukjizat Al-Quran yang jelas terang lagi bersuluh ni?Saya pun tak faham kenapa ada orang masih nak menolak Al-Quran dan tak nak beriman dengan Allah Taala dan Nabi Muhammad SAW sebagai rasul-Nya. Kalau dah hebat sangat tu, buatlah Quran sendiri yang ada mukjizat macam ni. Cubalah untuk tandingi mukjizat Al-Quran. Nescaya percubaan itu hanyalah sia2. Korang takkan dapat nak cipta satu Al-Quran yang dapat tandingi Kitab Allah ni dan hakikatnya korang takkan dapat nak cipta satu ayat pun yang dapat tandingi Al-Quran. Takkan dapat selama-lamanya!




Dan jika kamu (tetap) dalam keraguan tentang Al Quran yang kami wahyukan kepada hamba Kami (Muhammad), buatlah satu surah (saja) yang semisal Al Quran itu dan ajaklah penolong-penolongmu selain Allah, jika kamu orang-orang yang benar.
Maka jika kamu tidak dapat membuat(nya) - dan pasti kamu tidak akan dapat membuat(nya), peliharalah dirimu dari neraka yang bahan bakarnya manusia dan batu, yang disediakan bagi orang-orang kafir.

No comments: