Monday, March 8, 2010

Ayam Masak Lemak


Ayam Masak Lemak


Bahan-bahannya:1.Cili hijau 3 biji(terpulang pada kuantiti pemakannya)
2.Santan sedikit

3.Bawang merah 2 biji.

4.sebatang serai di ketuk atau dititik(jika ada)

5.setengah sudu kecil serbuk kunyit

6.Ayam yang telah selamat disembelihkan

7.Asam keping(untuk yang gemarkan masam sikit)

8..tomato 2 biji yang dibelah dua

9.Cili merah 1biji

10.Garam

11.kerisik(bagi yang meminatinya boleh menambahkannya)



Cara-caranya:1.kisar cili hijau 3 biji dan bawang merah 1 biji.kemudian biarkan ia sebentar.


2.Panaskan minyak di dalam kuali.


3.Gaulkan ayam dengan sedikit kunyit dan garam.gorengkan ia 3/4 masak.(terpulang jika mahu goreng ayam atau tidak.berpandukan citarasa individu)


4.Campurkan santan bersama air dan dikacau sehingga sebati.(diluar kuali dulu kemudian setelah dikacau masukkan ia ke dalam kuali)


4.Masukkan bahan yang dikisar sebentar tadi di dalam kuali sehingga naik bau dan keluar minyak.Gunakan api yang kecil.


5.Masukkan garam secukup rasa,kunyit dan serai.


6.Masukkan ayam tadi.


6.Senantiasa dikacau supaya kunyit tersebut tidak berketul.Apabila hampir masak mendidih,masukkan tomato dan cili merah yang dipotong untuk hiasan.


7.Kacau sehingga mendidih dan siap untuk dihidangkan.


Perasa tambahan:1.Selawat ke atas Rasulullah SAW dan kasih sayang