Tuesday, May 26, 2009

هل لله تعالى مكان أو تمييز

الرقـم المسلسل:
4307

الموضوع:
هل لله تعالى مكان أو تمييز

مصدرها:

أمانة الفتوى


التاريخ:

16/12/2005

الـمـفـتـــي:
أمانة الفتوى
الســــؤال:
اطلعنا على الطلب المقيد برقم 2514 لسنة 2005م المتضمن : أنا طالب بكلية الشريعة وقد تعلمت ودرست في علم العقيدة : أن الله موجود بلا مكان ولا يتحيز في أي جهة ، فأفتوني في ذلك ؛ حيث إن هناك بعض من يتهجم على عقيدة الأزهر .


الـجـــواب:

من ثوابت العقيدة عند المسلمين أن الله تعالى لا يحويه مكان ولا يحده زمان ؛ لأن المكان والزمان مخلـوقان ، وتعالى الله سبحانه أن يحيط به شيء من خلقه ، بل هو خالق كل شيء ، وهو المحيط بكل شيء ، وهذا الاعتقاد متفق عليه بين المسلمين لا يُنكره منهم مُنكِرٌ ، وقد عبَّر عن ذلك أهل العلم بقولهم : " كان الله ولا مكان ، وهو على ما كان قبل خلق المكان ؛ لم يتغير عما كان " ، ومن عبارات السلف الصالح في ذلك : قول الإمام جعفر الصادق عليه السلام : " مَنْ زعم أن الله في شيء أو من شيء أو على شيء فقد أشرك ؛ إذ لو كان في شيء لكان محصورًا ، ولو كان على شيء لكان محمولا ، ولو كان من شيء لكان مُحْدَثًا " ا هـ . وقيل ليحيى بن معاذ الرازي : أَخْبِرْنا عن الله عز وجل ، فقال : إله واحد ، فقيل له : كيف هو ؟ قال : ملك قادر ، فقيل له : أين هو ؟ فقال : بالمرصاد ، فقال السائل : لم أسألك عن هذا ؟ فقال : ما كان غير هذا كان صفة المخلوق ، فأما صفته فما أخبرت عنه . وسُئِل ذو النون المصري رضي الله عنه عن قوله تعالى { الرَّحْمَنُ عَلَى العَرْشِ اسْتَوَى } ، فقـال : " أثبت ذاته ونفى مكانه ؛ فهو موجود بذاته والأشياء بحكمته كما شاء " ا هـ . وأما ما ورد في الكتاب والسنة من النصوص الدالة على علو الله عز وجل على خلقه فالمراد بها علو المكانة والشرف والهيمنة والقهر ؛ لأنه تعالى منـزه عن مشابهة المخلوقين ، وليست صفاته كصفاتهم ، وليس في صفة الخالق سبحانه ما يتعلق بصفة المخلوق من النقص ، بل له جل وعلا من الصفات كمالُها ومن الأسماء حُسْنَاها ، وكل ما خطر ببالك فالله تعالى خلاف ذلك ، والعجز عن درك الإدراكِ إدراكُ ، والبحث في كنه ذات الرب إشراكُ . وعقيدة الأزهر الشريف هي العقيدة الأشعرية وهي عقيدة أهل السنة والجماعة ، والسادة الأشاعرة رضي الله تعالى عنهم وأرضاهم هم جمهور العلماء من الأمة ، وهم الذين صَدُّوا الشبهات أمام المَلاَحِدَةِ وغيرهم ، وهم الذين التزموا بكتاب الله وسنة سيدنا رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم عبر التاريخ ، ومَنْ كفّرهم أو فسّقهم يُخْشَى عليه في دينه ، قال الحافظ ابن عساكر رحمه الله في كتابه " تبيين كذب المفتري ، فيما نسب إلى الإمام أبي الحسن الأشعري " : " اعلم وفقني الله وإياك لمرضاته ، وجعلنا ممن يتقيه حق تقاته ، أن لحوم العلماء مسمومة ، وعادة الله في هتك أستار منتقصيهم معلومة ، وأن من أطلق عليهم لسانه بالثلب ، ابتلاه الله قبل موته بموت القلب " ا هـ . والأزهر الشريف هو منارة العلم والدين عبر التاريخ الإسلامي ، وقد كوَّن هذا الصرحُ الشامخُ أعظم حوزة علمية عرفتها الأمة بعد القرون الأولى المُفَضَّلة ، وحفظ الله تعالى به دينه ضد كل معاند ومشكك ؛ فالخائض في عقيدته على خطر عظيم ، ويُخْشَى أن يكون من الخوارج والمرجفين الذي قال الله تعالى فيهم : { لَئِن لَّمْ يَنتَهِ المُنَافِقُونَ وَالَّذِينَ فِى قُلُوبِهِم مَّرَضٌ وَالْمُرْجِفُونَ فِى المَدِينَةِ لَنُغْرِيَنَّكَ بِهِمْ ثُمَّ لاَ يُجَاوِرُونَكَ فِيهَا إِلا قَلِيلًا } (الأحزاب 60). والله سبحانه وتعالى أعلم


TERJEMAHANNYA :

Kami telah merujuk tuntutan fatwa yang disenaraikan bernombor 2514 tahun 2005M terdapat dalamnya:

Soalan:
Saya pelajar di Kuliah As-Syari’ah, saya telah mempelajari dan belajar perihal ilmu aqidah bahawa : Allah itu wujud tanpa bertempat dan Allah tidak dilingkungi (berada) di arah (penjuru), maka saya minta kenyataan fatwa mengenai perkara tersebut, yang mana didapati sebahagian orang yang mengutuk akidah yang di ajar oleh Universiti Al-Azhar tersebut.

Jawapan : Dar Ifta Mesir

Antara akidah yang benar disisi Islam adalah Allah ta’ala tidak dilingkungi oleh tempat dan Dia tidak ditetapkan dengan zaman kerana tempat dan zaman adalah makhluk maka Allah maha suci daripada meliputi apa sahaja makhlukNya, bahkan Dialah Pencipta setiap sesuatu dan Dia mengetahui akan setiap sesuatu, demikianlah akidah yang telah disepakati oleh umat Islam, tidak menginkari akidah ini seorang pun orang islam, dan ulama ilmu Islam telah menyatakan : “ Allah telah sedia wujud tanpa bertempat dan Dia sediakala sebelum mencipta tempat, tidak berubah sama sekali ”.

Diantara kenyatan ulama Salafus Soleh pada perkara akidah ini adalah kenyatan dari Imam Ja’far As-Sodiq ‘alaihissalam : “ Barangsiapa menganggap Allah itu dalam sesuatu atau daripada sesuatu atau atas sesuatu benda maka dia telah syirik (kafir) kerana sekiranya Allah di dalam sesuatu maka Dia mempunyai ukuran, sekiranya dikatakan Allah atas sesuatu benda maka Dia dipikul dan sekiranya Dia daripada sesuatu maka Dia makhluk”.T.

Dikatakan kepada Yahya bin Muaz Ar-Rozi : “ Beritahu kami tentang Allah ‘azza wajalla, lantas beliau menjawab : ‘Dia Tuhan yang Esa ’, ditanyakan kepada beliau : ‘bagaimana Allah?’ maka beliau menjawab: ‘Pemilik Yang Berkuasa’ dan ditanya kepada beliau lagi: ‘ di mana Dia?’ maka beliau menjawab : ‘bil mirsod’ dan dikatakan kepada beliau: ‘aku tidak bertanya tentang itu’ kemudian beliau berkata: ‘ selain daripada ini maka itu adalah sifat makhluk, manakala sifatNya adalah telah dikhabarkan’”.

Ditanya kepada Zun Nu Al-Misry semoga Allah meredhoinya mengenai firman Allah : “Arrahman ‘alal Arasyi Istawa” beliau mengatakan: Allah telah menberitahu zatNya wujud dan Allah menafikan tempat bagi diriNya, Diri Allah wujud, makhluk pun wujud sepertimana ciptaan Allah kehendaki”.T

Manakala yang tertera dalam Alquran dan Alhadith daripada nas-nas menunjukkan ketinggian Allah ‘azza wajalla terhadap hambaNya maka ketahuilah bahawa maksunya ketinggian martabat, kemulian, kehebatan dan penguasaan kerana Allah tidak menyerupai makhlukNya, tidaklah sifatNya seperti sifat makhluk, tidaklah sifat Pencipta bersamaan dengan sifat makhluk yang berkaitan dengan kelemahan bahkan Allah itu bagiNya sifat sempurna daripada nama-nama yang muliaNya.

Segala yang terbayang dibenak pemikiran kamu maka Allah tidak begitu, lemah mengkhayalkan zatNya adalah pengetahuan yang benar dan mencari-cari zat Allah adalah syirik dan kufur.

Akidah Ulama Al-Azhar Al-Syarif adalah aqidah Al-Asyairah dan ia adalah akidah Ahli Sunnah Wal Jama’ah, akidah ulama Al-Asyairah adalah akidah jumhur ulama umat Islam dan merekalah yang menentang kekacauan akidah oleh atheis dan selainnya dan Al-Asya’irahlah yang berpegang dengan Al-Quran dan Sunnah Nabi Muhammad sollallahu ‘alaihi wasallam sepanjang waktu dalam sejarah Islam.
Barang siapa yang mengkafirkan Al-Asya’irah atau menghukum fasiq terhadap Al-Asya’irah maka akidah orang itu dalam bahaya.

Berkata Al-Hafiz Ibnu ‘Asakir rahimahullah dalam kitab beliau berjudul Tabyil Kazib Al-Muftary Fima Nusiba Ila Al-Imam Abi Al-Hasan Al-Asy’ary ( Kenyataan Terhadap Pendustaan Penipu Kepada Apa Yang Disandarkan Kepada Imama Abu Hasan Al-Asy’ary) katanya: “ Semoga Allah memberi taufik kepadaku dan kepadamu dan mengolongkan dalam golongan orang bertaqwa, ketahuilah bahawa daging ulama yang diracun (difitnah) dan Allah akan membalasnya, barangsiapa menyandarkan keatas ulama Islam pendustaan maka Allah akan menimpakan kepadanya bala yang besar ketika dia mati dengan mematikan hatinya”.T

Dimaklumkan bahawa ulama Al-Azhar As-Syarif merupakan tempat kautan ilmu dan agama seperti terdapat dalam sejarah Islam yang tidak boleh dinafikan lagi, dan Al-Azhar tetap secara jelas dengan pegangan ini menyampaikan seperti ulama selepas kurun pertama yang mulia, Allah menjaga agamaNya daripada segala penentangan dan peragu, maka sesiapa menentang akidah ini adalah bahaya yang amat besar dan mereka yang menentang akidah ini ( Allah Wujud Tanpa Bertempa) adalah golongan Khawarij dan golongan Murjifah yang Allah telah menceritakan keburukan mereka dengan firmanNya : لَئِن لَّمْ يَنتَهِ المُنَافِقُونَ وَالَّذِينَ فِى قُلُوبِهِم مَّرَضٌ وَالْمُرْجِفُونَ فِى المَدِينَةِ لَنُغْرِيَنَّكَ بِهِمْ ثُمَّ لاَ يُجَاوِرُونَكَ فِيهَا إِلا قَلِيلًا

Surah Al-Ahzab ayat 60

Wallahu 'alam

رَفْع الْعِلْمِ وَقَبْضِهِ وَظُهُورِ الْجَهْلِ وَالْفِتَنِ فِي آخِرِ الزَّمَانِ

رَفْع الْعِلْمِ وَقَبْضِهِ وَظُهُورِ الْجَهْلِ وَالْفِتَنِ فِي آخِرِ الزَّمَانِ


حَدَّثَنَا قُتَيْبَةُ بْنُ سَعِيدٍ حَدَّثَنَا جَرِيرٌ عَنْ
هِشَامِ بْنِ عُرْوَةَ عَنْ أَبِيهِ سَمِعْتَ عَبْدَ
اللَّهِ بْنَ عَمْرِو بْنِ الْعَاصِ يَقُولُ سَمِعْتُ
رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ: إِنَّ اللَّهَ لَا يَقْبِضُ الْعِلْمَ انْتِزَاعًا يَنْتَزِعُهُ
مِنْ النَّاسِ وَلَكِنْ يَقْبِضُ الْعِلْمَ بِقَبْضِ الْعُلَمَاءِ حَتَّى إِذَا لَمْ يَتْرُكْ عَالِمًا اتَّخَذَ النَّاسُ رُءُوسًا
جُهَّالًا فَسُئِلُوا فَأَفْتَوْا بِغَيْرعِلْمٍ فَضَلُّوا وَأَضَلُّوا
Hadis Abdullah bin Amru bin Al-As r.a
katanya:Aku pernah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Allah s.w.t tidak mengambil ilmu Islam itu dengan cara mencabutnya dari manusia. Sebaliknya Allah s.w.t mengambilnya dengan mengambil para ulama sehingga tidak tertinggal walaupun seorang. Manusia melantik orang jahil menjadi pemimpin, menyebabkan apabila mereka ditanya mereka memberi fatwa tanpa berdasarkan kepada ilmu pengetahuan. Akhirnya mereka sesat dan menyesatkan orang lain pula.(HADIS RIWAYAT MUSLIM)-Bab Pada Akhir Zaman Ilmu Islam Akan Dihapuskan Dan Diambil Oleh Allah s.w.t Lalu Timbullah Kejahilan Dan Berbagai Fitnah

الحمد لله رب العالمين، نحمده سبحانه وتعالى ونشكره ونتوب إليه ونستغفره ونعوذ به من شرور أنفسنا وسيئات أعمالنا ومن خواطر الهوى التي ترد على قلوبنا.وأشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له، وأشهد أن محمداً عبده ورسوله أرسله ربه بالهدى ودين الحق ليظهره على الدين كله ولو كره المشركون، فبلغ الرسالة وأدى الأمانة وجاهد في الله حق جهاده، اللهم صل وسلم وبارك عليه وعلى آله وصحبه الذين اتبعوا النور الذي أنزل معه أولئك هم المفلحون "Dikesempatan ini,ana ingin mengucapkan selamat hari guru khususon ila ibu dan abah(Hj Najmy b Hussin dan Hajah Sharimah bt Kamis)kerana merekalah guru ana yang pertama dan ana knl.seterusnya buat semua utz2 dan utzh2 yg telah menjadi guru ana sma ada secara langsung dan x langsung selama ni.buat guru tasme' ana(al fadhil utz ku nor azman b. ku mansor al-hafiz)shukran ana ucapkan kerana sanggup menggorbankan masa lepak dan t-do semata-mata utk tasme' ana.maap sbb sllu bt utz penin dgn ana.hehehe...bt guru tarannum(al-fadhil utz fakrurrazi al-hafiz)shukran utz!bt guru madah ,ana syok bljo smpi jenuh tahan mata .jasa antum,hanya Allah Ta'ala bisa membalasnya di akhirat kelak.jazakumullahukhairan jazak

'muslimah dan gambar,mengapa perlu diperlihatkan gambar?'


MUQADDIMAH
Terkadang bila melayari weblog-weblog rakan, menjelajah ke dalam duniamaya bagi manusia yang memayakan diri mereka, saya merasa hairan melihat sesetengah weblog muslimah, yang bertudung, yang menutup aurat,tidak segan silu pula untuk memaparkan gambar masing-masing. Tiadalah terlalu salah untuk memaparkan gambar anda, ya muslimah sekalian,namun, sayangnya, anda terlupa bahawa gambar yang anda posting itu adalah gambar sebesar skrin 17 inci! Setiap butir jerawat dan buluhalus di muka anda terpampang rapi!




MUSLIMAH & GAMBAR : ADA APA DENGANNYA?
Tidaklah tujuan saya mengaibkan kalian. Saya adalah rakan kamu. Sahabatkamu. Yang enggan melihat wajah-wajah anda itu, dipaparkan sewenang-wenangnya kepada orang. Biarpun wajah bukan aurat mengikutsesetengah mazhab, namun tatkala fitnah mengundang, tidakkah ia melayakkan ianya ditutup dari pandangan umum?
Muslimahku,Dunia internet semakin berkembang maju. Satu hari, satu weblog, mungkin berjuta-juta orang yang melihatnya setiap hari. Di kalangan mereka ada yang bagus, yang menundukkan pandangan selaras firman Allah dalam
SurahAn-Nur “Katakanlah (Wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki Yangberiman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandangYang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebihsuci bagi mereka; Sesungguhnya Allah amat mendalam pengetahuannyatentang apa Yang mereka kerjakan.” Namun, kita harus akui, bahawa dikalangan jutaan orang itu, ada yang hatinya sakit, ada yang jiwanya perit menanggung kesakitan akibat terlihat wajah-wajah kamu biarpun kamu bertudung litup.
Muslimahku,Kalau kita lihat dunia gambar bukan main maju lagi. Dahulu, cuma setakat kamera yang perlu dicuci gambarnya. Kini, telefon juga menjadi kamera. Kamera pula lebih dahsyat, lebih instant, sesegera mee segera yang sama kerosakan yang dibawanya, penyakit hati.
Alangkah malangnya, kalau wajah-wajah anda yang terpamer itu,mengundang gejolak rasa di jiwa insan bernama lelaki, yang beriman akan beristighfar dan memujuk hati, manakala yang sakit jiwanya, akan mula mengganggu anda. Mula memburu anda dengan SMS, telefon, hatta mungkin mendekati anda, dengan tujuan memiliki anda….Hanya kerana satu kesilapan yang mungkin anda tidak terniat, wajah anda terpampang besardi internet!
Gambar adalah bayangan realiti. Namun mungkin juga ia fantasi.Kadangkala tertipu juga lelaki pada fantasi Photoshop, Fireworks dan seribu satu pengedit gambar lagi. Kalau itu memang tujuan anda, anda tanggung sendirilah. Tapi kalau niat anda cuma berkongsi, dengan tanpa sedar mengajak fitnah bertandang, maka amaran saya, hati-hatilah!



PENYELESAIANNYA….
Andalah sahaja yang mampu menyelesaikannya. Bukan orang lain. Diri anda, andalah yang harus menjaganya. Apa tujuan anda bertudung danmenutup aurat? Bukankah kehendak syariat dan ingin menutup pandangan orang kepadamu? Maka, soalan saya, menundukkan pandangan bukan kehendak syariatkah? Memaparkan wajah anda besar-besar menutup pandangan orang terhadap andakah?
Kerana weblog-weblog dan web foto itu milik anda, seharusnyalah anda kecilkan wajah-wajah anda dengan mengecilkan saiz gambar itu. Banyakcara boleh dilakukan menggunakan perisian pengedit gambar. Belajarlah daripada yang tahu. Hindarkanlah aksi-aksi dan posing-posing yang hanya akan menambahkan lagi kerosakan jiwa masyarakat. Sekiranya niat anda hanya ingin berkongsi dengan rakan muslimah anda, lakukanlah secara tertutup. Elakkan posting yang boleh dilihat oleh segala macam jenis orang. Kalau lebih mudah, anda kirim saja emel bergambar pada rakan muslimah anda itu.
Ingat, wajah anda, anugerah Allah. Anugerah Allah itu hanya layak dilihat berkali-kali oleh yang layak sahaja.Kerana dirimu begitu berharga...
Wallahu A’lam..

'sumber rujukan : Dar Ifta' al-Misriyyah'

01.Hukum pakai cincin besi bagi orang lelaki?
Makruh. Kata setengah ulama' Haram.

02.Saei di antara Sofa dan Marwah menggunakan laluan lama dan baru yang diperluas?
Sah saeinya. Setengah pendapat mensyaratkan darurah dalam menggunakan laluan baru yang diperluas.

03.Sambutan maulid Ahli Bait Rasulullah dan para masyaeikh tarikat?
Harus.

04.Hukum menemui paderi atau sami budha untuk tujuan berubat?
Haram dan boleh bawa kepada syirik.

05.Hukum berhubung dengan jin?
Tidak harus berhubung dengan jin dengan apa jua cara.

06.Hukum jual barang (yang dibeli secara ansuran) dengan cash?
Sah jualan tersebut.

07.Hukum solat di belakang imam yang bermazhab bukan Syafe'i?
Sah solatnya.

08.Suara perempuan aurat?
Yang rojih bagi kami ialah suara perempuan itu tidak aurat pada zatnya. Akan tetapi melembutkan suara itu dengan perkataan akan menarik perhatian lelaki yang bukan mahram adalah dilarang.

09.Pergaulan lelaki perempuan di universiti?
Tidak ada apa-apa halangan daripadanya dari sudut syara' selagi pergaulan itu mengikut had adab-adab dan mengikut ajaran Islam. Dan adalah perempuan itu perlu bersopan dalam pemakaiannya, mengenakan pakaian yang luas dan longgar tidak menyifatkan dan menampakkan apa yang di bawahnya dan juga tidak menzahirkan susuk tubuhnya dalam masa yang sama menjaga pandangannya dan tidak terlibat dengan khalwat walau apapun keadaan dan sebab, dan dengan syarat menjaga apa yang diharamkan oleh Allah dalam penglihatan, pendengaran dan perasaan.

10.Hukum puasa perempuan dlm haidh dan nifas?
Haram.

11.Solat Juma'at diganti dgn solat zohor?
Harus dlm keadaan darurah.

12.Isteri mengeluarkan zakat kpd suaminya yg faqir?
Harus.

13.Zikir slps solat fardhu secara bersendirian atau berjemaah?
Sunat.

14.Jama' solat kerana uzur yg kuat?
Harus.

15.Puasa qada' dgn puasa 6 bulan Syawal dlm satu masa?
Harus.

16.Melafazkan (Talaffuz) niat utk solat?
Harus.

17.Solat di belakang imam yg fasiq?
Harus.

18.Menjawab panggilan ibu ketika solat sunat?
Harus.

19.Mengulangi wudhuk dan solat slps sempurna krn syak pd wudhuk?
Makruh.

20.Selawat ke atas Nabi SAW secara nyaring slps azan dan memuji dgn menyifatkan keutamaan baginda?
Harus.

21.Solat di Masjid yg ada kubur?
Harus.

22.Baca al-Quran melihat kpd mushaf ketika solat?
Harus.

23.Tinggal solat Juma'at ketika musafir?
Harus.

24.Bersalaman slps solat?
Harus.

25.Hukum perempuan jadi imam kpd lelaki pd solat juma'at?
Haram.

26.Berwudhuk sebelum mandi wajib?
Sunat.

27.Solat jenazah ke atas org murtad?
Haram

'hikmah berwuduk dengan niat'

1. Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, ampunilah dosa mulut dan lidahku ini". Penjelasan nombor 1 : Kita hari-hari bercakap benda-benda yang tak berfaedah.
2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, putihkanlah muka ku di akhirat kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini". Penjelasan nombor 2 : Ahli syurga mukanya putih berseri-seri.
3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, berikanlah hisab-hisab ku di tangan kanan ku ini".Penjelasan nombor 3 : Ahli syurga diberikan hisab-hisabnya di tangan kanan .
4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-hisab ku di tangan kiri ku ini". Penjelasan nombor 4 : Ahli neraka diberikan hisab-hisabnya di tangan kiri .
5. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, lindunganlah daku dari terik matahari di padang Masyar dengan Arasy Mu". Penjelasan nombor 5 : Panas di Padang Masyar macam matahari sejengkal di atas kepala.
6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini" Penjelasan nombor 6 : Hari-hari mendengar orang mengumpat, memfitnah dll.
7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan."Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim". Penjelasan nombor 7: Ahli syurga melintasi titian dengan pantas sekali.
8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan,"Ya, Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-tempat maksiat" Penjelasan nombor 8 : Qada' dan Qadar kita di tangan Allah.
Ramai di antara kita yang tidak sedar akan hakikat bahawa setiap yang dituntut dalam Islam mempunyai hikmah nya yang tersendiri.
Pernah kita terfikir mengapa kita mengambil wuduk sedemikian rupa? Pernah kita terfikir segala hikmah yang kita perolehi dalam menghayati Islam? Pernah kita terfikir mengapa Allah lahirkan kita sebagai umat Islam? Bersyukurlah dan bertaubat selalu.

'kaligrafi Ganjil lagi'


AWAS!!AKAN KALIGRAFI INI

artinya : " Cintailah musuh-musuh kalian dan berkahilah orang yang mencela kalian, berbuat baiklah kepada orang yang memusuhi engkau, dan sambunglah silahturahim kepada orang-orang yang berbuat jelek kepada engkau dan orang-orang yang mengusir engkau agar menjadi anak-anak bapak kamu yang ada di surga." (injil matius 5 : 44-45)

Ingat..............!!! Kristenisasi dengan Berkedok Islam adalah cara yang paling ampuh saat ini untuk me-MURTAD-kan umat Islam. waspadalah...............!!! tolong sebarkan informasi ini kepada saudara-saudara MUSLIM lainnya, terima kasih


'kaligrafi Ganjil'

Awas!! kaligrafi injil!!!
Bisa dipastikan, hampir tak seorang pun umat Islam yang tidak menyukai kaligrafi Islam yang memuat ayat-ayat tertentu dari Al-Qur an. Misalnya, kaligrafi khat Arab bacaan Allah, Muhammad, Basmalah, ayat Kursi, surat Al-Fatihah, dsb. Ini adalah hal yang baik dan perlu dilestarikan. Sebab memajang ayat-ayat dengan tulisan indah di rumah adalah salah satu ekspresi kecintaan kepada Al-Qur'an. Tetapi, untuk kaligrafi model satu ini dan kaligrafi lainnya yang sejenis, kaum Muslimin jangan tertipu oleh musang berbulu ayam. Sebab kaligrafi ini pun indah dan dijual bebas di berbagai toko buku. Kaligrafi melingkar ukuran setengah meter persegi ini bagian tengahnya bertuliskan 'abana' yang berarti bapa kami . Dalam teologi Kristen, kata ini berarti Allah (Allah Bapak). Bila dibaca dengan teliti, maka bacaan yang lengkap adalah abana alladzi fis-samawati... dst. Tanyakanlah kepada ustadz yang hafal Al-Qur'an, ayat tersebut ada di surat apa dan ayat berapa? Pasti ustadz tersebut akan geleng-geleng kepala seraya menjawab bahwa itu bukan ayat Al-Qur'an. Jawaban ini tepat sekali, karena kaligrafi ini bukan Al-Qur'an, tapi ayat Bibel, salah satunya adalah tepatnya Injil Matius pasal 6 ayat 9-13... Entah sudah berapa banyak kaum Muslimin yang menghiasi rumahnya dengan ayat Bibel berupa kaligrafi kristiani tersebut, mengingat kaligrafi itu dijual di seluruh Indonesia . Padahal sebutan Bapak Kami kepada Allah SWT adalah kesalahan besar yang bertentangan dengan Al-Qur'an surat Al-Ikhlash.

'malam pertama??'


"Sesungguhnya kita ini dipertunangkan sejak azali lagi.Kemudian diakhirnya kita akan dikahwinkan dengan kematian.Pada saat itu,hantarannya hanyalah nazak dan kesakitan.Tetamu yang hadir menghadiahkan tangisan.Kemudian pengantin dimandikan.Kemudian dipakaikan dengan pakaian serba putih yang berseri.Pelamin dihiasi dengan bau-bauan cendana gerhana.Lalu pengantin di arak di sekeliling taman.Paluan kompang digantikan dengan alunan azan dan ayat yang Qudus.Pada saat itu pengantin berwalikan liang lahad bersaksikan dua batu nisan.Ber'akadkan dengan alunan talkin.Malam pertama bersama kekasih pertama berdindingkan tanah yang merah."

'adab membaca al Quran dari kitab At-Tibyan fi Adab Hamalat al Quran i'dad Al-imam an-Nawawi'

بسم الله الرحمن الرحيم
1. berniat ikhlas kerana Allah SWT. 2. menggosok gigi atau bersiwak sebelum membaca al Quran. 3. membaca dalam keadaan berwuduk. 4. mengadap ke arah kiblat. 5. memulakan dengan at-ta'awwuz. 6. membaca al Quran dari mushaf lebih utama dari membaca tanpa melihat.walaupun begitu,bagi yang ingin menghafaznya diharuskan membaca dari hafazan tanpa melihat. 7. membaca dengan suara yang merdu dan kuat agar dapat dihayati oleh diri sendiri dan orang lain. Al-imam Al-Ghazali mengatakan jika kita bimbang akan timbul riyak iaitu ingin menunjuk-nunjuk,maka membaca secara perlahan-lahan itu lebih utama.Sebaliknya jika dapat menjaga dari timbulnya penyakit tersebut,maka digalakkan membaca dengan suara yang nyaring(dipetik dari kitab Ihya 'Ulumiddin). 8. membaca dengan penuh perhatian dan memahami ayat-ayat yang dibacakan. 9. membaca dengan mentadabbur dan menangis.Tahukah anda?antara adab-adab tadabbur itu ialah memperlahankan suara apabila sampai pada ayat yang menyentuh tentang sifat Allah menurut tafsiran orang-orang kafir.sebagai contoh orang-orang yahudi mengatakan Nabi Uzair anak Allah seperti yang disebutkan Allah dalam surah at-Taubah ayat 30.contah yang lain persepsi mereka bahawa Allah tidak berkuasa mengurniakan rezki kepada hamba-hambaNya seperti yang difirmankan dalam ayat 64 surah Al-Maidah. 10. memuliakan al Quran.kita dilarang membaca al Quran sambil ketawa ataupun sambil berbual melainkan tentang sesuatu yang amat penting. 11. membaca ayat-ayat dan surah mengikut susunannya dalam tertib al Quran,yang dahulu didahulukan dan kemudian dikemudiankan. 12. beramal dengan ajaran al Quran itu. 13. sentiasa membaca al Quran terutamanya pada waktu pagi kerana Nabi SAW mendoakan keberkatan waktu itu.Diriwayatkan dalam al-Mustadrak al-Hakim dari Abu Hurairah RA bahawa Nabi SAW bersabda yang bermaksud : "sesiapa yang membaca 10 ayat,maka dia tidak akan tergolong dari kalangan orang-orang yang lalai".no 2085,hadis sahih mengikut syarat Muslim. 14. berusaha menghafaz ayat-ayat al Quran dan mengulang ayat-ayat itu supaya sentiasa mengingatinya. 15. meletakkan target untuk mengkhatamkan al Quran itu. 16. memanjatkan doa sebaik tamat dari membaca al Quran kerana waktu itu merupakan antara waktu mustajab doa. 17. dilarang membaca al Quran di tempat-tempat yang tidak sewajarnya seperti di dalam tandas dan sebagainya.Menurut Qadhi Beirut al-Syeikh Ab Latif dalam kitab al-Tabyiin Fi Ahkam Tilawat al-Kitab al-Mubin terdapat adab-adab selain dari yang disebutkan oleh al-imam an-Nawawi iaitu : 18. mengucup al-Hajar al- Aswad kerana ia juga merupakan hadiyah Allah. 19. mewangikan al Quran sebagaimana meletakkan wangian pada al-Hajar al-Aswad. 20. meletakkan al Quran pada tempat yang tinggi. 21. berusaha untuk menghayati isi al Quran hingga membawa ke peringkat menangis. 22. tidak memberi salam pada seseorang yang sedang membaca al Quran.