koleksi gambar ulama mukhtabar

Loading...

Saturday, April 9, 2011

CARA BACAAN AL-FATIHAH DENGAN TEPAT SERTA PENJELASAN TENTANG KESALAHAN UMUM BACAAN AL-FATIHAH.

Muqaddimah

Surah Al-Fatihah adalah surah pertama di dalam Al-Quran yang mengandungi 7 ayat, diturunkan di Mekah dan menmpunyai banyak nama lain. As-Suyuti seperti di dalam kitabnya "الاتقان في علون القرآن" menyatakan bahawa terdapat lebih dari 20 nama bagi surah Al-Fatihah dan ini melambangkan ketinggian dan kemuliaannya. Allah SWT telah berfirman :

(ولقد آتيناك سبعاً من المثاني والقرآن العظيم) [الحجر: 15/87] Dalam satu hadith yang telah diriwayatkan oleh Abu hurairah RA, Nabi Muhammad SAW pernah bersabda

(أم القرآن هي السبع المثاني والقرآن العظيم). Pembacaan Surah Al-Fatihah adalah salah satu daripada rukun solat dan dibaca pada setiap rakaat sepertimana dalam satu hadith yang telah diriwayatkan oleh Saidatina Aisyah bahawa Rasulullah pernah bersabda

(كل صلاة لم يُقرأ فيها بفاتحة الكتاب فهو خداج). Surah Al-Fatihah ini merupakan muqaddimah Al-Quran dan ia sendiri lengkap dan meliputi banyak perkara seperti Usuluddin dan cabang-cabangnya, aqidah, ibadah, syari'ah, keimanan kepada hari qiamat dan Sifat Allah Al-Husna dan doa kepada Allah Ta'ala.

Hukum-hukum tajwid di dalam surah ini adalah mudah dan tidak terlampau payah dan ini merupakan kuasa dan ilmu Allah yang Maha Mengetahui. Sungguhpun begitu, ramai di kalangan kita masih tidak mampu membaca surah Al-Fatihah ini dengan baik. Kunci pembaikan bacaan surah yang amat penting dan mulia ini ialah dengan merujuk kepada syeikh-syeikh qurra' atau orang yang berilmu dalam bidang hukum tajwid. Dalam usaha memperbaiki bacaan kita, perlulah kita mendapat nasihat dari orang sekeliling yang lebih baik bacaan mereka dan berlatih serta berusaha memperbaiki bacaan kita.

Dalam penulisan saya kali ini, saya telah mengumpul beberapa kesilapan dan kesalahan umum yang sering terjadi dalam bacaan Surah Al-Fatihah ini. Perlu difahami bahawa tujuan penulisan ini adalah untuk mengingatkan kita bahawa banyak kesalahan bacaan yang berlaku dan ada kalanya tanpa kita sedari. Kita perlu bersyukur kerana diberi peluang untuk memperbaiki bacaan kita dan semoga dengan itu ia dapat mendatangkan lebih banyak keberkatan dalam kehidupan harian kita nanti insyaAllah.


Surah Al- Fatihah

1. بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمـَنِ الرَّحِيمِ

2. الْحَمْدُ للّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ

3. الرَّحْمـنِ الرَّحِيمِ

4. مَـالِكِ يَوْمِ الدِّينِ

5. إِيَّاكَ نَعْبُدُ وإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ

6. اهدِنَــــا الصِّرَاطَ المُستَقِيمَ

7. صِرَاطَ الَّذِينَ أَنعَمتَ عَلَيهِمْ غَيرِ المَغضُوبِ عَلَيهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ


KESALAHAN UMUM

1. {بِسمِ ٱلله الرَّحْمٰنِ الرَّحِيـمِ} [الفاتحة:1]

Dalam ayat pertama Surah Al-Fatihah ini ulama berbeza pendapat samada ia dikira sebagai satu ayat dari surah ini atau tidak. Imam Malik dan Imam Abu Hanifah bahawa ia bukan sebahagian dari ayat surah ini manakala Imam Syafi'ie berpendapat bahawa ia adalah ayat pertama dari surah ini.

v Antara kesilapan yang sering dilakukan di sini ialah takrir ra' yang bersabdu dalam kalimah الرَّحْمٰنِ dan الرَّحِيـم.

v Ra' dibaca dengan nipis kerana baris sebelumnya ialah baris bawah bagi kedua-dua kalimah. Perlu diingat bahawa ra' itu berbaris atas selepas sabdu maka bacaan ra' pada baris bawah sebelum sabdu itu hendaklah tafkhim (tebal) dan bukan tarqiq (nipis).

v Kalimah Jalalah hendaklah dibaca dengan dua harkat kerana mad di situ mad tabi'ie.

2. { ٱلْحَمْدُ للَّهِ رَبِّ ٱلْعَالَمِينَ } [الفاتحة:2]

v Pada kalimah ٱلْحَمْدُ beberapa kesilapan sering dilakukan :

§ Meletakkan qalqalah pada lam yang mati.

§ Menukarkan bunyi lam yang mati itu seperti bunyi nun.

§ Mengqalqalahkan mim yang mati sesuka hati.

v Memanjangkan lam kedua dalam Kalimah Jalalah.

v Mengsabdukan atau mencantumkan hufur ha yang berbaris bawah kepada huruf ra' selepasnya.

v Memanjangkan kadar bacaan 'ain alif dalam kalimah ٱلْعَالَمِين yang sepatutnya dibaca dengan dua harkat sahaja kerana ia mad tabi'ie.

3. { الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ } [الفاتحة:3]

v Takrir ra' pada kalimah الرَّحْمَنِ dan الرَّحِيم .

v Dalam menyambung ayat 3-4, hendaklah dibaca dengan jelas dua huruf mim yang berbeza baris dan tidak boleh ditasydidkan kedua-dua mim kerana bacaan riwayat Hafs 'An 'Asim melalui Tariq Syatibi menjelaskan sebutan dua huruf mim yang berlainan baris tersebut.

4. { مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ } [الفاتحة:4]

v Memendekkan bacaan pada mim alif dalam kalimah مَالِكِ . Perlu diingat bahawa jika kita membaca dengan bacaan riwayat Hafs 'An 'Asim melalui Tariq Syatibi, kita perlu memanjangkan bacaan itu kadar 2 harakat.

v Tidak membaca ya berbaris atas dengan fathah nipis, sebaliknya ditebalkan.

v Tidak memanjangkan kadar mad lin perkataan يَوْمِ sebanyak 2 harkat.

5. {إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ } [الفاتحة:5]

v Tidak membaca tasydid ya dengan betul pada kedua-dua kalimah إِيَّاكَ.

v Memberikan bunyi hams yang terlampau kuat sehingga jelas pada huruf kaf yang berbaris atas bagi kedua-dua kalimah إِيَّاكَ. Sifat hams adalah sifat yang lazim bagi huruf kaf tetapi tidak boleh terlampau diterangkan bacaannya ketika ia berbaris.

v Meletakkan alif selepas huruf kaf dalam dua kalimah إِيَّاكَ sehingga seolah-olah ada mad tambahan di situ.

v Mentasydidkan dal yang berbaris depan ke dalam huruf wau selepasnya atau meletakkan saktah antara kedua huruf itu dengan alas an supaya sebutannya tidak bercampur atau ditasydidkan atau mematikan dan mengqalqalahkan dal.

v Membunyikan hams yang kuat semasa menyebut huruf ta yang berbaris atas.

v Dalam menyambungkan ayat 5-6, perlu diperhatikan bahawa nun berbaris depan.

6. {ٱهْدِنَا ٱلصِّرَاطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ} [الفاتحة:6]

v Mengimalahkan baris bawah hamzah wasal dalam kalimah ٱهْدِنَا sehingga dekat kepada bunyi "eh".

v Mengqalqalahkan ha' yang mati.

v Menukarkan bunyi huruf sod kepada sin kerana tidak menekankan sifat isti'la' sod.

v Meng-isymamkan bunyi huruf sod kepada huruf zai. Perlu diingat bahawa jika kita membaca surah ini dengan bacaan riwayat Hafs 'An 'Asim melalui Tariq Syatibi, huruf sod hendaklah dibaca dengan jelas sebagai huruf sod.

v Menebalkan (tafkhim) huruf qaf yang berbaris bawah pada kalimah ٱلْمُسْتَقِيم. Perlu ditekankan di sini bahawa huruf qaf yang berbaris bawah akan menjadi tarqiq bacaannya tetapi tidak hilang sifat isti'la'nya sehingga dibaca dekat kepada bunyi huruf kaf.

7. {صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ } [الفاتحة:7]

v Menukarkan bunyi huruf sod kepada sin kerana tidak meletakkan sifat isti'la' yang sepatutnya kepada huruf sod.

v Meng-isymamkan bunyi huruf sod kepada huruf zai. Perlu diingat bahawa jika kita membaca surah ini dengan bacaan riwayat Hafs 'An 'Asim melalui Tariq Syatibi, huruf sod hendaklah dibaca dengan jelas sebagai huruf sod.

v Menukarkan bunyi huruf dzal kepada huruf zai dalam kalimah الَّذِينَ .

v Menukarkan bunyi huruf hamzah berbaris atas dalam kalimah أَنْعَمْتَ kepada bunyi huruf 'ain.

v Mengqalqalahkan huruf nun mati dalam kalimah أَنْعَمْتَ sesedap mulut.

v Membunyikan hams yang terlampau kuat kepada huruf ta dalam kalimah أَنْعَمْتَ .

v Membaca ta dalam kalimah أَنْعَمْتَ sebagai baris depan.

v Meletakkan saktah antara dua kalimah عَلَيْهِمْ غَيْر . Dibenarkan berhenti antara dua kalimah ini atau diteruskan tetapi tidak saktah.

v Tidak menipiskan baris bawah ra' dalam perkataan غَيْرِ.

v Menebalkan baris atas mim dalam perkataan الْمَغْضُوبِ .

v Mengqalqalahkan huruf ghain yang mati dalam الْمَغْضُوبِ .

v Menukarkan sebutan huruf dhod dalam perkataan الْمَغْضُوبِ kepada bunyi dal dan zha.

v Tidak memberikan huruf dhod yang bersabdu sifat istitalah yang sepatutnya dalam kalimah الضَّالِّين.

v Tidak membaca mad lazim dengan kadar yang secukupnya dan dibaca samada berlebihan atau berkurangan.

v Tidak membaca tasydid lam dengan jelas.

Diharap tidak melupakan saya dalam doa kalian.

Sekian, terima kasih.

1 comment:

natashabuin said...

mohon untuk dishare supaya sama2 dapat pencen alam barzakh