Tuesday, August 25, 2009

Ucapan Tahniah dari PAS Perak atas Kemenangan PAS dalam Pilihanraya N11 Permatang Pasir


* Saya selaku Pesuruhjaya PAS negeri Perak ingin melahirkan rasa kesyukuran dan gembira atas kemenangan YB Ustaz Salleh Man ( Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang) atas kemenangan cemerlang yang dicapai dalam pilihanraya kecil N11 pada 25 Ogos 2009 yang lalu.

* Saya bersama-sama dengan pimpinan dan ahli-ahli PAS seluruh negeri Perak mengucapkan syabas dan tahniah kepada YB Ustaz Salleh Man ( Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang) dan seluruh saf pimpinan PAS Pulau Pinang serta seluruh ahli PAS dan pengundi Permatang Pasir Pulau Pinang yang mencapai kemenangan cemerlang pada pilihanraya kecil ini sekaligus membuktikan pengundi-pengundi di Permatang Pasir tidak boleh digula-gulakan dan dijanjikan dengan pembangunan oleh Umno Barisan Nasional, akhirnya mereka dapat memilih antara hak dan kebatilan.

* Diharapkan dengan kemenangan di Permatang Pasir iini, akan menjadi isyarat bahawa PAS bersama dengan Pakatan Rakyat dapat diterima rakyat Malaysia seluruhnya dari berbagai-bagai keturunan dan pegangan agama dan seterusnya akan melebarkan kemenangan tersebut ke seluruh negara.

* Bagi PAS negeri Perak mengharapkan dengan kemenangan tersebut akan memberi suntikan dan semangat baru pada ahli dan pemimpin PAS di semua peringkat untuk bekerja keras mulai dari sekarang bagi memastikan kemenangan PAS dalam pembubaran DUN Perak yang dijangka akan berlaku tidak lama lagi dan Pilihanraya Umum ke 13 akan datang.

* Saya juga mengucapkan jutaan terima kasih, jazakumullahu khairan kathira kepada semua petugas-petugas pilihanraya daripada PAS negeri Perak daripada semua peringkat, daripada JPN, Kawasan dan Cawangan, Dewan Ulamak, Pemuda dan Muslimat yang telah menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dan komitmen.

* Semoga usaha mulia kita dalam memastikan Islam terus memimpin perubahan buat rakyat Malaysia mendapat keredhaan dan bantuan dari Allah SWT.Ustaz Abu Bakar Hussain(Pesuruhjaya PAS Perak)

Saturday, August 15, 2009

Kenali ulama


بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين، نحمده سبحانه وتعالى ونشكره ونتوب إليه ونستغفره ونعوذ به من شرور أنفسن
وسيئات أعمالنا ومن خواطر الهوى التي ترد على قلوبنا.وأشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له، وأشهد أن محمداً عبده ورسوله أرسله ربه بالهدى ودين الحق ليظهره على الدين كله ولو كره المشركون، فبلغ الرسالة وأدى الأمانة وجاهد في الله حق جهاده، اللهم صل وسلم وبارك عليه وعلى آله وصحبه الذين اتبعوا النور الذي أنزل معه أولئك هم المفلحون


Al-Marhum Syeikh Said Hawwa



Al-Arif Syeikh Soleh Al-Jafari Al-Azhar

Al-Marhum Syeikh Sayyid Sabiq

Al-Muhaddis Prof Dr Syed Muhammad 'Alawi al-Maliki R.A & Al-Habib 'Ali Al-Jifri Haizohullah

Amir Fadl Al-Abbas Ad-Dandarawi
Syeikh Tantawi


Syeikh Ali Juma'ah

Tuan Guru Dato' Hj Nik Abdul Aziz b. Nik Mat

Syeikh Hamzah



Syeikh Abdul Kareem Al-Banjari

Dr Yusuf Qardawi


Dr Ramadhan Bouti bersama dengan Habib Ali

Syeikh Yasin Al-Kyari

Friday, August 7, 2009

Ma'ahad Tahfiz al-Quran wal-Qiraat addin 2

Ma'ahad Tahfiz al-Quran wal-Qiraat Addin 2
بسم الله الرحمن الرحيم
Segala puji hanya bagi Allah SWT yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.Tuhan sekalian 'alam.Moga kitaemua senantiasa dibawah lembayung Rahmat dan Kasih SayangNYA.
InsyaAllah,kali ni ana ingin berkongsikan foto2 semasa ana menuntut di Ma'ahad Tahfiz al-Quran wal-Qiraat Addin 3.(eh2,ni bukan ke far'un lubuk katak?)owh,silap2.ini far'un ikhwah.far'un ana di Parit Perak Darul Ridzuan.furu'un akhawat ada 2 ja.Satu lagi kat Padang Rengas.jom layan foto!

(aik,surau?mana kelasnya??kata nak tunjuk)sinilah kami mengaji sebenarnya.ana rindu suasana riuh ngaji dulu.sekarang,kena ngulang sendiri.sendiri tebuk,sendiri baca.sorang2.sedih..


suasana dari asrama ke surau merah tadi.rumah yang warna kuning ni,asrama depan.kome nampak tak pokok kelapa tuh?ana pernah masa ana nak ke kelas,sipi ja buah kelapa jatuh sebelah.fuh!Alhamdulillah.


ha,yang ni baru asrama ana.jap2.asrama??ada rupa asrama ka?haha.macam rumah terbengkalai ja..

kepada sesiapa yang ingin menghulurkan bantuan,bolehlah menghubungi ana dengan segera.sms ON SUMBANGAN ke 3211.haha99x.



eh2,tak kan akhawat pakai sampin kot!haha.sapa la dok t-do time imtihan nih.ikhwah jauh skit.

agak2 kome ana ada kat situ tak??khulasohnya,kalau ana ada kat situ dah lama ana delete gambar ni.hee.tak lalu tengok gambar ni lama2.batch baru nih.ada bapa kerat ja yang lama.gambar batch2 lama,tak boleh tayang kat orang.budak2 tak pe.Nampaknya setakat ni ja lah.nak letak gambar banyak2 tak boleh.takut suami deme marah ana plak.haha.sebenarnya ana sedih kenapa ramai akhawat diluar sana yang tak berminat dengan pengajian al-Quran ni.sepatutnya didalam Qalbi kita 'tertanam' senaskhah al-Quran dan Hadith.barulah hidup kita lebih terarah dalam menuju KeredhaanNYA.mungkin ada hikmah tersendiri yang kita tak mengetahuinya.ada yang diletakkan dalam kelompok ini.dan ada yang termasuk dalam kelompok yang lain.nikmat 'bersama' al-Quran tak dapat digambarkan.sendiri rasa.sekolah buruk mana pun tahapnya,itu bukanlah menjadi suatu ukuran dalam menuntut ilmu.apa yang patut dilihat ialah ilmunya.ingat ye adek2 pesan kakak nih..waakhiru kalam,salam huffaz dari ana.

kebesaran solat 2 rakaat


KEBESARAN SOLAT 2 RAKAAT

Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik , dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang,sayap itu antara timur dan barat.Ada pendapat lain menyatakan 124, 000 sayap.Wallahu a'lam minni waminkum. Setelah itu Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata " Wahai Tuhanku , adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku ?. "
Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud .. " Tidak "
Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt . dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun .
Setelah selesai Jibrail as solat , maka Allah SWT berfirman yang bermaksud . " Wahai Jibrail , kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh , dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu , akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai , namanya Muhammad."Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa , sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja , dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang , fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga . Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu , sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu .Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu , sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu ."
Kemudian Jibrail as berkata : " Ya Tuhanku , apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka ?"
Lalu Allah berfirman yang bermaksud . " Ya Jibrail , akan Aku berikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal ..."
Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga Ma'waa .
Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail as dengan mengembangkan sayapnya dan terbang , setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak per jalanan 3000 tahun , terbanglah malaikat jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud :
" Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya , atau sepertiganya , atau seperempatnya ?"
Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud . " Wahai Jibrail , kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meski pun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki , lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan , nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan ....."

Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan ... Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :
Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat .
Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat .
Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.
Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan .
Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu ).
Allah S.W.T telah menyembunyikan ( tarikh terjadinya ) hari kiamat di dalam semua hari .

Semoga kita mendapat berkat daripada ilmu ini .
Wallahualam..