Monday, March 8, 2010

Ayam Masak Lemak


Ayam Masak Lemak


Bahan-bahannya:1.Cili hijau 3 biji(terpulang pada kuantiti pemakannya)
2.Santan sedikit

3.Bawang merah 2 biji.

4.sebatang serai di ketuk atau dititik(jika ada)

5.setengah sudu kecil serbuk kunyit

6.Ayam yang telah selamat disembelihkan

7.Asam keping(untuk yang gemarkan masam sikit)

8..tomato 2 biji yang dibelah dua

9.Cili merah 1biji

10.Garam

11.kerisik(bagi yang meminatinya boleh menambahkannya)



Cara-caranya:1.kisar cili hijau 3 biji dan bawang merah 1 biji.kemudian biarkan ia sebentar.


2.Panaskan minyak di dalam kuali.


3.Gaulkan ayam dengan sedikit kunyit dan garam.gorengkan ia 3/4 masak.(terpulang jika mahu goreng ayam atau tidak.berpandukan citarasa individu)


4.Campurkan santan bersama air dan dikacau sehingga sebati.(diluar kuali dulu kemudian setelah dikacau masukkan ia ke dalam kuali)


4.Masukkan bahan yang dikisar sebentar tadi di dalam kuali sehingga naik bau dan keluar minyak.Gunakan api yang kecil.


5.Masukkan garam secukup rasa,kunyit dan serai.


6.Masukkan ayam tadi.


6.Senantiasa dikacau supaya kunyit tersebut tidak berketul.Apabila hampir masak mendidih,masukkan tomato dan cili merah yang dipotong untuk hiasan.


7.Kacau sehingga mendidih dan siap untuk dihidangkan.


Perasa tambahan:1.Selawat ke atas Rasulullah SAW dan kasih sayang





















Sunday, January 31, 2010

Keajaiban no 19 dalam Quranul Karim

19 Satu: Ayat Pertama Dalam Quran

Tahukah anda basmalah merupakan ayat pertama yang menjadi permulaan Kitab Allah Yang Mulia ini?

Maka ketahuilah bahawa jumlah huruf dalam "bismillahirrahmanirrahim" ada 19

19 Dua: Surah Pertama Dalam Quran

Kita telahpun ketahui bahasawanya ayat pertama Quran mengandungi 19 huruf. Mari kita lihat pula surah pertama dalam Quran iaitulah surah Al-Fatihah.



Surah ini mengandungi 6 ayat jika tidak dimasukkan basmalah yang mana ia tidak dikira sebagai ayat dalam surah yang lain selain dari Al-Fatihah.

19 huruf dalam basmalah apabila didarabkan dengan baki ayat dalam surah Al-Fatihah, maka akan terhasillah satu nombor yang kita telah sedia maklum.

19 x 6 = 114


114 adalah nombor yang mewakili jumlah surah yang terdapat dalam Al-Quran Al-Karim. SubhanAllah!

19 Tiga: Surah Terakhir Dalam Quran


Kita telahpun melihat tentang surah pertama dalam Quran. Mari kita lihat pula surah yang terakhir yang ditulis dalam Mushaf yang suci ini. Iaitulah surah Al-Naas.

Surah ini mengandungi 6 ayat jika tidak dimasukkan basmalah yang mana ia tidak dikira sebagai ayat dalam surah yang lain selain dari Al-Fatihah.

19 huruf dalam basmalah apabila didarabkan dengan baki ayat dalam surah Al-Fatihah, maka akan terhasillah satu nombor yang kita telah sedia maklum.


19 x 6 = 114


114 adalah nombor yang mewakili jumlah surah yang terdapat dalam Al-Quran Al-Karim. SubhanAllah!

19 Tiga: Surah Terakhir Dalam Quran

Kita telahpun melihat tentang surah pertama dalam Quran. Mari kita lihat pula surah yang terakhir yang ditulis dalam Mushaf yang suci ini. Iaitulah surah Al-Naas.

Jumlah ayat dalam surah ini juga adalah 6 ayat dan basmalah tidak termasuk dalam perkiraan ayat.

Maka, jalan pengiraan yang sama juga digunakan seperti surah pertama dalam
Quran.

19 x 6 = 114 = jumlah surah dalam Quran.

Ada alaqah ataupun perkaitan antara keduanya. Surah pertama dan surah terakhir dalam Quran, kedua-duanya mengisyaratkan kepada jumlah bilangan surah dalam Al-Quran seluruhnya. masyaAllah tabarakAllah!


19 Empat: Ayat Pertama Yang Diturunkan






Kiralah sendiri. Kalau anda seorang yang pandai mengira anda akan dapati jumlah kalimah ataupun perkataan dalam kelima-lima ayat ini berjumlah 19


19 Lima: Ayat Terakhir Yang Diturunkan kalimah! Allahu akbar!



Tak perlu diperpanjangkan lagi kalam. Semuanya berjumlah 19 kalimah!

Kita dapati disini juga terdapat alaqah yang sama antara ayat pertama dan ayat terakhir yang diturunkan. Sepertimana juga surah pertama dan terakhir tadi, kedua-duanya mengisyaratkan kepada jumlah bilangan surah dalam Al-Quran. masyaAllah tabarakAllah!

19 Enam: Pertuturan Pertama Yang Diucapkan Oleh Seorang Hamba Kepada Tuhannya

Ayat pertama dalam Fatihah merupakan basmalah. Ayat kedua pula merupakan pujian kepada Allah.
Ayat ketiga dan keempat merupakan sifat Allah dan kedudukan-Nya sebagai Raja kepada Hari Pembalasan. Maka ayat kelima merupakan ayat pertama yang menjadi perbualan antara kita sebagai hamba dengan Allah sebagai Tuhan yang mencipta. Dengan adanya dhomir anta (huruf kaf) dan huruf nun sebagai dhomir nahnu yang membawa maksud kami, ayat kelima ini jelas sebagai satu perbualan.


Kepada-Mu kami menyembah dan kepada-Mu kami memohon pertolongan

Kome pun tau apa yangsaya nak cakap kan. Kiralah sendiri. Jumlah huruf dalam ayat ini adalah 19 huruf! SubhanAllah Maha Suci Allah!

19 Tujuh: Doa Pertama Seorang Hamba


Doa pertama yang dipohon oleh seorang hamba kepada Allah adalah dari ayat ke-6 daripada surah Al-Fatihah.


Tunjukkanlah kami jalan yang lurus

Perlu cakap juga? 19 huruf syeikh! Allahu Allah masyaAllah tabarakAllah!

Cukup lah kot saya bawakkan 7 je fakta tentang 19 nih. Hakikatnya ada berbelas-belas lagi. Indah bukan mukjizat Al-Quran yang jelas terang lagi bersuluh ni?Saya pun tak faham kenapa ada orang masih nak menolak Al-Quran dan tak nak beriman dengan Allah Taala dan Nabi Muhammad SAW sebagai rasul-Nya. Kalau dah hebat sangat tu, buatlah Quran sendiri yang ada mukjizat macam ni. Cubalah untuk tandingi mukjizat Al-Quran. Nescaya percubaan itu hanyalah sia2. Korang takkan dapat nak cipta satu Al-Quran yang dapat tandingi Kitab Allah ni dan hakikatnya korang takkan dapat nak cipta satu ayat pun yang dapat tandingi Al-Quran. Takkan dapat selama-lamanya!




Dan jika kamu (tetap) dalam keraguan tentang Al Quran yang kami wahyukan kepada hamba Kami (Muhammad), buatlah satu surah (saja) yang semisal Al Quran itu dan ajaklah penolong-penolongmu selain Allah, jika kamu orang-orang yang benar.
Maka jika kamu tidak dapat membuat(nya) - dan pasti kamu tidak akan dapat membuat(nya), peliharalah dirimu dari neraka yang bahan bakarnya manusia dan batu, yang disediakan bagi orang-orang kafir.

Friday, January 22, 2010

petua kuat ingatan

(sekadar hiasan bagi cantik)

Menjawab kepada soalan Acit yang menginginkan petua kuat ingatan dari ana.Maaf dulu ana tak sempat nak buat secara terperinci.InsyaAllah,ana huraikan sedikit kali ini.Formula pemakanan genius-genius Islam silam yang menjadi rahsia keajaiban daya intelek mereka. Formula ini terpendam di dalam kitab-kitab tradisional dalam bahasa Arab. Tersembunyi dari pengetahuan orang Arab dan umat Islam sendiri. Namun akhir-akhir ini ada usaha-usaha untuk mengetengahkan kembali kepada umum. Sekarang semacam ada kecenderungan di kalangan ilmuan Islam dan bukan Islam untuk mengkaji dan menguji keabsahan formula ini. Ini didorong oleh penemuan - penemuan saintifik yang membuktikan kebenarannya, khususnya terhadap susu, madu dan telur. Berikut adalah formula pemakanan genius-genius Islam yang telah terbukti berupaya meningkatkan kepintaran dan kekuatan daya ingatan :

1) MADU
Madu adalah makanan yang sangat berkhasiat. Al-Quran
mengiktirafkannya sebagai " shifa '" iaitu penyembuh penyakit.Dalam surah an-Nahl juga ada menyebut tentang kelebihannya.
Manisan madu digelar "Raja Ubat", dapat menyembuh
kebanyakkan penyakit. Ia adalah makanan untuk kesihatan keseluruhannya.
Ia mengandungi pelbagai jenis vitamin, mineral, protein,
antiseptik dan enzim yang meningkatkan ingatan dan kecerdasan
mental individu. Madu juga mengandungi pelbagai zat galian yang
penting seperti kalsium, sulfur, fosforus, zat besi, karbon,
magnesium, potassium (kalium), kuprum, silika, klorin,
mangganese dan belerang untuk memupuk tenaga dan kesihatan
fizikal-mental. Rasullullah s.a.w bersabda, "Siapa ingin
hafaz,hendaklah ia minum manisan madu". Madu didapati berkesan untuk
merawati penyakit - penyakit mental di mana ia boleh
menghindarkan kepenatan kerja otak seperti berfikir, membaca,
merancang dan bermesyuarat.

CARA MINUM : ikut suka kepada peminum.jangan banyak sangat.nanti demam jangan cari ana plak.
2sudu teh sudah mencukupi.
PANTANG : Jangan makan tembikai semasa menggunakan madu.
Sangat merbahaya!


2) KISMIS
Mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah
bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan
ke otak. Kekurangan oksigen menyebabkan seseorang mudah
mengantuk, pelupa, lembab sikit dan mengalami kelemahan dalam berfikir.

CARA MAKAN :
i) Menghadap Kiblat
ii) Baca "Bismillah" dan selawat ke atas nabi (3 kali)
iii) Baca doa penerang hati
iv) Makan secara kemam seperti makan gula-gula.Kurang berkesan
jika dikunyah seperti makan kacang.lebih sedap jika di makan mengikut sunnah Nabi Muhammad SAW iaitu dengan masak susu panas dan kemudiannya dicampur kismis di dalamnya.Diminum pada waktu sebelah malam sebelum beradu.(maksud asal t-do)
v) Makan sebiji-biji sebanyak 21 biji setiap hari.(bagi para huffaz) 7 biji(bagi kebiasaan)


3) SUSU SEGAR
Susu berguna untuk kesihatan otak, mempertajamkan ingatan,
membekalkan tenaga mental dan fizikal. Susu mengandungi tiga
unsur semulajadi iaitu keju, lemak dan air yang amat diperlukan
untuk pertumbuhan badan dan otak. Susu adalah makanan yang
paling lengkap dan berkhasiat. Ia mengandungi enam kelas
makanan yang amat diperlukan oleh tubuh iaitu karbohidrat,
lemak, protein, semua jenis vitamin, mineral dan air. Ia
berkhasiat untuk merawati kesihatan umum dan merupakan penawar
kelupaan yang berkesan. Rasullullah s.a.w menerangkan susu
boleh menguatkan belakang, menambahi akal, memperbaiki
penglihatan dan menghindari penyakit lupa. Susu yang terbaik
untuk ketajaman minda ialah susu kambing, biri - biri dan lembu
yang segar. Susu hidup lebih berkhasiat dari susu debu.

CARA MINUM :
i) Sekurang-kurangnya segelas pada sebelah pagi dan malam
ii)Baca "Bismillah" dan doa minum susu seperti yang
dibaca oleh Rasullullah s.a.w


4) TELUR
Bermanfaat untuk menambah kekuatan otak, badan dan menjaga
kesihatan keseluruhannya. Ahli - ahli kesihatan mengakui ia
merupakan makanan yang lengkap dan berkhasiat. Ia mengandungi
protein, mineral, vitamin, kalsium, kuprum, magnesium,
fosforus, kalium, sulfur, natrium, klorin, zat besi, air,
choline dan bahan ekstraktif. Sabda Nabi s.a.w, "Sesungguhnya seorang
Nabi a.s mengadu kepada Allah (kerana dia) lemah badan. Maka
Allah s.w.t memerintahkannya supaya memakan telur". Telur
terutama telur kuning, berupaya mengatasi masalah kelemahan
tenaga fizikal dan minda sekaligus. Telur yang terbaik ialah
telur ayam kampung dan yang masih baru.


5) HALIA
Ianya sangat mujarab untuk gejala kelupaan. Ia boleh dimakan
mentah atau dibuat halua. Halua ialah halia yang dijadikan
manis - manisan dengan merebus dan mencampurkannya dengan gula.Ianya juga baik diminum dengan air madu ya'ni air yang dicampur dengan madu didalamnya.

CARA MAKAN : Dimakan sedikit sahaja pada waktu pagi.


6) LIMAU OREN
Berkhasiat untuk mengemaskan urat-urat jantung dan menambah
kekuatan fikiran menurut hadis Nabi s.a.w. Limau - limau jenis
lain juga elok untuk diamalkan.



7) BUAH DELIMA
Untuk penerang hati. Sabda Nabi s.a.w, "Barangsiapa yang
memakan buah delima keseluruhannya, sesungguhnya Allah
menerangkan hatinya selama 40 hari."


8) DAGING BURUNG MERPATI
Ianya banyak digunakan oleh bijak pandai Islam dan Melayu
dahulukala. Ia mengandungi protein, lemak, kalsium, fosforus
dan kalori. Sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan
terutama kanak - kanak. Kaedah ini sangat popular dan berkesan.
Kanak - kanak yang diberi telur burung merpati didapati dapat
bercakap lebih awal dari kebiasaannya.


9) OTAK AYAM
Boleh dibuat sup dan dicampur dengan halia. Otak ayam yang
segar juga boleh dibuat penawar sementara bagi gigitan ular.
Perlu diamalkan memakannya.


10) DAGING AYAM
Berbanding dengan semua jenis daging, ayam dianggap
mengandungikadar zat pemakanan yang paling tinggi. Daging ayam betina dara
terutamanya berkhasiat meningkatkan prestasi otak dan membaiki
darah. Abu Musa r.a meriawayatkan bahawa Nabi s.a.w memakan
daging ayam betina.


11) DAGING BIRI-BIRI
Menambah darah, sesuai untuk orang aktif dan bekerja berat
serta dapat meningkatkan kekuatan hafazan.


12) HATI
Terutamanya hati ayam dan lembu. Mengandungi pelbagai jenis
vitamin dan bermanfaat untuk kesihatan mental dan fizikal.


13) KEKACANG
Beberapa jenis kacang seperti gajus, berangan, kacang soya,
pistachio dan lain-lain. Kacang pistachio dipercayai sangat
efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutamanya kanak-kanak.
Memakan kacang pistachio merupakan amalan pemakanan seorang
pelajar genius berbangsa Melayu yang tinggal di
Melaka.Kekacang mengandungi nilai protein yang tinggi.


14) BUAH BADAM
Untuk meningkatkan kecerdasan.


15) ZA'FARAN : KOMKOMA ( CROCOS SATIVUS )
Sejenis bahan berambu merah. Dimakan sedikit sahaja. Dijual di
kedai-kedai runcit India dan sesetengah kedai runcit Melayu.kedai runcit Jordan tak tau.


16) KEMENYAN PUTIH ( kemenyan serani/luban/ kundar )
Ditumbuk halus-halus dan dimakan dengan gula.


17) BUNGA KOBIS
Terdapat sejenis asid amino untuk tenaga mental.


18) BUNGA CENGKEH
Ditumbuk sehingga halus lalu dimakan sedikit sahaja.


19) LABU
Berfaedah menambahkan keupayaan fikiran dan akal. Sabda Nabi
s.a.w., "Makanlah labu kerana ia mencerdaskan akal". Baginda
juga berkata, "Jika kamu membuat sup (atau kuah), dianjurkan
memasukkan labu ke dalamnya kerana ia menambahkan kemampuan
.fikiran dan akal.


20) BUAH KEDEKAI ( MAJALAWI )
Menguatkan hafalan dan menguatkan kekuatan badan.


21) MINYAK SAPI
Dimakan terus atau dicampurkan dengan masakan dalam kuantiti
yang kecil.


22) SAYUR-SAYURAN DAN BUAH-BUAHAN SEGAR
Juga membantu meningkatkan akal dan memori

Friday, January 15, 2010

Malaysian Day 2009

Assalamualaikum w.b.t..,
insyaAllah,jika diizinkan kali ini ana akan berkongsi dengan semua program yang telah pun berlangsung di bumi anbiyak bumi jordan ni pada bulan disember lalu.Setelah berjaya meminjam dewan khindi jami3ah yarmouk,apalagi bermaharajalela lah kami semua mengguna dewan dengan sebaik mungkin.Julung-julung kalinya Malaysia Day di adakan di sini.Anak-anak negeri juga diberi peluang untuk mempamerkan adat dan kebudayaan masing-masing.Termasuklah makanan-makanan tradisional turut di sediakan.Alhamdulillah segalanya berjalan lancar dengan kehendak Allah Ta'ala.Cuma ada la s
ikit masalah yang tak dapat dielakkan.Wartawan,duta-duta dari malaysia dan negara-negara lain turut hadir bagi memeriahkan lagi dewan tersebut.haha99x..Pelbagai kebudayaan yang cuba di tonjolkan(walaupun separuh je menjadinya) dalam progaram ini,antaranya tarian Zapin Johor,Dikir Barat dan adat istiadat majlis perkahwinan malaysia.tetamu yang hadir amat menggalakkan dan memberangsangkan.haha..tambahan pelajar arab jami3ah...apa lagi nak cerita?biarlah gambar yang menceritakan peristiwa tersebut..(ayat bahasa melayu macam A+ je dapat masa imtihan dulu..haha..)

Diantara tetamu yang turut hadir dalam program Malaysia Day 2009.dok khusyu3 jilat jari gamaknya,pekena tempoyak ka??

Suasana kehangatan dan kebingitan dalam dewan khindi yarmouk.mana ana ekk?

Acara majlis persandingan dan perkahwinan orang melayu yang di sertai oleh adik beradik sendiri.

Dengan tak semena-mena ahli-ahli silat pun muncul.

Lalu dia bermonolog dalaman"cis,hebat la plak silatmu bila depan arab ek tadi belakang pentas tak pun!"

Tarian Zapin Johor.

yang ni tak mampu rasanya
nak komen lebih.haha,..sendiri komen lah..


Barisan duta-duta

ntah la kat deme

Antara gerai-gerai yang disediakan.jom
kita tengok jenis juadah yang disediakan..

agak-agak arab makan benda ni tak?haha..

Wakil anak Sabah

Wakil anak Johor


Sonok sangat ke dapat pakai benda tu?haha