Thursday, May 19, 2011

Tahniah atas kejayaan himpunan PAS ganti UMNO peringkat zon utara Perak : pesuruhjaya PAS Perak


16 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -
IPOH, Pesuruhjaya PAS Perak, mengucapkan jutaan tahniah kepada seluruh jawatankuasa program yang terlibat atas kejayaan program himpunan PAS ganti UMNO peringkat negeri Perak yang dianjurkan pada 14 dan 15 Mei baru-baru ini.

Menurut beliau, komitmen yang telah diberikan oleh seluruh ahli jawatankuasa program serta sokongan dari seluruh ahli PAS Perak dapat menguatkan lagi istiqamah dan semangat PAS Perak untuk menyusun strategi bagi merealisasikan agenda PAS ganti UMNO selepas PRU 13 nanti

Beliau juga menyatakan, dengan kejayaan program PAS ganti UMNO ini,jelas menggambarkan PAS Perak sentiasa bersiap sedia untuk berhadapan dengan pilihanraya umum ke 13 pada bila-bila masa dari sekarang.

Memetik ucapan beliau “ PAS harus menjadi jauh lebih baik daripada Umno dan berlumba untuk menawarkan perkhidmatan terbaik kepada rakyat, kita serius ingin menggantikan Umno dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) nanti ”.

“PAS adalah Gerakan Islam yang membawa pakej perjuangan yang menarik, mengulangi pakej asal yang diperjuangkan oleh Rasulullah saw. Pakej yang dimaksudkan ialah tarbiyah, dakwah dan siasah. Melalui pakej ini, PAS bergerak ke tengah medan lantas mengadun gerakkerja amal Islaminya secara seimbang berasas ramuan 3 elemen dari pakej tersebut”
Justeru beliau mengharapkan agar himpunan rakyat PAS ganti UMNO yang akan diadakan di zon selatan ( Cenderung Balai Teluk Intan Perak ) pada 28-29 Mei 2011 akan dapat menarik lebih ramai lagi kehadiran ahli dan rakyat untuk sama-sama berpadu tenaga bagi menjayakan program tersebut.

mohd hafez sabri

sumber : http://idhamlim.blogspot.com/2011/05/tahniah-atas-kejayaan-himpunan-pas.html

No comments: