Tuesday, May 26, 2009

'adab membaca al Quran dari kitab At-Tibyan fi Adab Hamalat al Quran i'dad Al-imam an-Nawawi'

بسم الله الرحمن الرحيم
1. berniat ikhlas kerana Allah SWT. 2. menggosok gigi atau bersiwak sebelum membaca al Quran. 3. membaca dalam keadaan berwuduk. 4. mengadap ke arah kiblat. 5. memulakan dengan at-ta'awwuz. 6. membaca al Quran dari mushaf lebih utama dari membaca tanpa melihat.walaupun begitu,bagi yang ingin menghafaznya diharuskan membaca dari hafazan tanpa melihat. 7. membaca dengan suara yang merdu dan kuat agar dapat dihayati oleh diri sendiri dan orang lain. Al-imam Al-Ghazali mengatakan jika kita bimbang akan timbul riyak iaitu ingin menunjuk-nunjuk,maka membaca secara perlahan-lahan itu lebih utama.Sebaliknya jika dapat menjaga dari timbulnya penyakit tersebut,maka digalakkan membaca dengan suara yang nyaring(dipetik dari kitab Ihya 'Ulumiddin). 8. membaca dengan penuh perhatian dan memahami ayat-ayat yang dibacakan. 9. membaca dengan mentadabbur dan menangis.Tahukah anda?antara adab-adab tadabbur itu ialah memperlahankan suara apabila sampai pada ayat yang menyentuh tentang sifat Allah menurut tafsiran orang-orang kafir.sebagai contoh orang-orang yahudi mengatakan Nabi Uzair anak Allah seperti yang disebutkan Allah dalam surah at-Taubah ayat 30.contah yang lain persepsi mereka bahawa Allah tidak berkuasa mengurniakan rezki kepada hamba-hambaNya seperti yang difirmankan dalam ayat 64 surah Al-Maidah. 10. memuliakan al Quran.kita dilarang membaca al Quran sambil ketawa ataupun sambil berbual melainkan tentang sesuatu yang amat penting. 11. membaca ayat-ayat dan surah mengikut susunannya dalam tertib al Quran,yang dahulu didahulukan dan kemudian dikemudiankan. 12. beramal dengan ajaran al Quran itu. 13. sentiasa membaca al Quran terutamanya pada waktu pagi kerana Nabi SAW mendoakan keberkatan waktu itu.Diriwayatkan dalam al-Mustadrak al-Hakim dari Abu Hurairah RA bahawa Nabi SAW bersabda yang bermaksud : "sesiapa yang membaca 10 ayat,maka dia tidak akan tergolong dari kalangan orang-orang yang lalai".no 2085,hadis sahih mengikut syarat Muslim. 14. berusaha menghafaz ayat-ayat al Quran dan mengulang ayat-ayat itu supaya sentiasa mengingatinya. 15. meletakkan target untuk mengkhatamkan al Quran itu. 16. memanjatkan doa sebaik tamat dari membaca al Quran kerana waktu itu merupakan antara waktu mustajab doa. 17. dilarang membaca al Quran di tempat-tempat yang tidak sewajarnya seperti di dalam tandas dan sebagainya.Menurut Qadhi Beirut al-Syeikh Ab Latif dalam kitab al-Tabyiin Fi Ahkam Tilawat al-Kitab al-Mubin terdapat adab-adab selain dari yang disebutkan oleh al-imam an-Nawawi iaitu : 18. mengucup al-Hajar al- Aswad kerana ia juga merupakan hadiyah Allah. 19. mewangikan al Quran sebagaimana meletakkan wangian pada al-Hajar al-Aswad. 20. meletakkan al Quran pada tempat yang tinggi. 21. berusaha untuk menghayati isi al Quran hingga membawa ke peringkat menangis. 22. tidak memberi salam pada seseorang yang sedang membaca al Quran.

No comments: