Saturday, June 11, 2011

Persediaan Pelajar untuk ke Jordan

Assalamualaikum,,
Menjawab kepada soalan saudari "tiqah" di mypingbox yang menginginkan serba sedikit pendedahan awal tentang persediaan seorang pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran ke timur tengah jordan,insayALLAH saya cuba bantu setakat yang mampu.Ahlan wasahlan na :) Sebelum tu,meh kita tengok-tengok dulu keadaan atau suasana di sekitar syari' jami'ah irbid jordan.Supaya kita dapat gambaran awal terlebih dahulu.




Dari bab symaliy hingga lah ke bab janubiy.Kesemua pelajar tak kira sama ada dari Jami'ah Yarmouk mahupun JUST akan menetap di sekitar sini.Cuma rata-ratanya para pelajar Jami'ah Yarmouk akan menetap di bab qarbiy atau lebih dikenali "hijazi".Antara sebabnya lebih berdekatan dengan Jami'ah Yarmouk dan sesama sahabat-sahabat yang lain.Irbid adalah bandar kedua terbesar selepas ibu negeri Amman.meh tengok video yang disediakan dari pihak kami PERMAI,Persatuan Pelajar Malaysia Jordan.






Jami'ah Yarmouk khususnya untuk para pelajar kuliyah syari'ah seperti Usuluddin,Usul fiqh,Dirosat dan yang seangkatan dengannya lah.ekekeke.Sakan(asrama) juga disediakan bagi para pelajar Jami'ah Yarmouk.Saudari akan menetap dalam sakan selama setahun saja.Yang bertuahnya sewa rumahnya agak murah jika dibandingkan dengan kami yang duduk di luar lah.Agak la kot.hehe.Sakannya dalam kawasan Jami'ah juga.Jadi,saudari tak perlulah bimbang soal keselamatan sebabnya ada pengawal didalam kawasan tersebut.insyaALLAH kheir.


sakan(asrama) khusus untuk pelajar perempuan


acecece.Nampak indah ja.Maaf la kalau tak seindah rupa yang sebenar.haha

Bagi yang ingin mengaji dan mendalami ilmu lain akan di hantar ke Jordan University Of Science and Technology (JUST).Misalnya bagi takhusus Medic,Dentist dan lain-lain lagi.





Mungkin dari mata kasar yang kita nampak Jami'ah Yarmouk lebih dhoif dari segi struktur bangunan jika nak dibandingkan dengan JUST,tapi itu bukan lah satu alasan atau yang boleh melemahkan semangat kita untuk menimba ilmu.Seperti kata guru Quran saya dulu,ilmu tidak boleh dinilai dari tampak kulitnya sahaja,tetapi perlulah dinilai dengan isi dalamnya.Disebalik kitab yang tampak lusuh dan buruk tetapi banyak manfaat ilmu yang tersorok didalamnya.insyaALLAH akan disingkapkan segala nikmat menuntut ilmu ALLAH pada kita semua.Jadikan yang luas itu ilmu,yang tajam itu akal,yang ringan itu solat,yang lembut itu hati,yang manis itu senyuman,dan yang cantik molek itu akhlak.

Harus diingatkan juga persediaan untuk ke jordan ni atau dalam menuntut ilmu ni secara umumnya terbahagi kepada 3 bahagian

Persediaan rohani atau mental
Persediaan jasmani atau fizikal
Persediaan material atau barang-barang


Persediaan rohani atau mental
Sebelum melangkah untuk menuntut ilmu haruslah kita sebagai seorang pelajar mentajdid niat supaya kita sentiasa tidak tersasar dari niat asal kita untuk menimba ilmu di bumi anbiyak,bumi jordan ni.Juga saya petik kata-kata dari syeikhuna syeikh Fatah Al-Kholidiy dari Jami'ah Yarmouk kuliyah Ulum,"ilmu ALLAH itu luas umpama laut.Ada yang akan menceduknya dengan segelas air sahaja,ada yang akan menceduknya dengan cerek dan ada yang akan menceduk sebanyak mungkin sehingga satu tangki.Jika laut itu dibiar begitu sahaja maka tinggallah laut sebagai laut.Yang mana tiada siapa mengambil manfaat darinya.Walaubagaimanapun dalam firman ALLAH swt ada mencoretkan sebaris ayat yang bermaksud;

"Aku tidak berikan ilmu kepada kamu kecuali sedikit sahaja".
(Surah al-Israk ayat 85)

Maktabah(perpustakaan)


Nawaitu haruslah juga dititik beratkan fi sabilillah dalam mencari Redha ALLAH di bumi ni.Berterima kasihlah pada ALLAH swt kerana telah mengurniakan kita nikmat serta peluang untuk belajar dengan lebih mendalam lagi ilmu ALLAH ni.Ingat!sahabat saya pernah berpesan,jangan disebabkan hanya ujian yang ALLAH swt berikan pada kita boleh tercalarnya iman dan taqwa kita.Wana'uzubillah,.iman dan aqidah lebih utama.Saya peringatkan diri saya sendiri yang utama dan pada sahabat-sahabat saya yang lain juga.Moga ada manfaatnya bersama.insyaALLAH,kheir.Selain itu kita haruslah bersabar dalam menghadapi segala rintangan yang bakal kita hadapi.Sabar itu mungkin sukar diawalnya tetapi ingatlah ianya akan indah diakhirnya.


Masjid Jami'ah Yormouk yang dah ditukarkan nama kepada Masjid Nuh Qudhoh.Seperti yang kita sedia maklum,nama ni diambil bersempena dari nama seorang ulama' syeikhuna syeikh Nuh Qudhoh.Al-Fatihah buatnya kerana telah pergi meninggalkan kita pada tahun lepas.Moga ditempatkan bersama para sahabat dan yang disayangi ALLAH swt.Amien,ya Rabb.


Imam Ahmad bin Hanbal pernah mengatakan,"manusia itu berkehendak kepada ilmu seperti mana ia berkehendak kepada roti dan juga air".Bayangkan lah jika tanpa air seharian bagaimana keadaan rupa kita.Tercari-cari kita kerana kita amat memerlukannya.Nah!begitu jugalah ilmu pada diri kita.Bila tak ada setitis air yang boleh diminum untuk melepaskan penat dan dahaga,air paip pun jadi buat air kopi susu panas.ekekeke.

Juga nasihat dari sahabat saya harap dapat manfaat bersama,Imtihan(exam) adalah kayu ukur dalam menilai kefahaman kita sewaktu dalam pembelajaran.Namun ia bukan penentu kepada kuantiti dan kualiti ilmu seseorang itu.Itu semua hanya ALLAH swt Yng maha mengetahuinya.Jadi jangan fikir gagal itu petanda kita tidak berilmu,tapi jadikanlah gagal itu sebagai pencbar agar kita tak bertemu dengannya pada masa akan datang.InsyaALLAH,kheir.Jangan tangisi kegagalan jika ALLAH uji kamu.Jangan tangisi kesempitan hidup jika ALLAH uji kamu.Jangan tangisi apa yang kamu tidak perolehi tetapi pandanglah apa nikmat yang telah ALLAH berikan pada kamu yang mana tidak semua orang ALLAH berikan.Bak kata sahabat sekuliyah saya,Hilal Asyraf seorang penulis buku di Malaysia."paku betul-betul nasihat orang bagi,bagi lekat sikit."ekekeke..Perlengkapkan jua ilmu sedikit sebanyak sebagai bekalan dan persiapan awal untuk ke sini.Ilmu yang baik dapat keberkatan.insyaALLAH.Jangan berilmu tanpa amalan,bagai pohon tanpa buahnya.Umpama kereta tanpa stereng,umpama sambal tanpa belacan.(cuba baca dalam bahasa arab+melayu ditanwinkan diakhir tiap-tiap kalimah)..haha99x.



Kalau masih kita ingat lagi Saidina Ali Karamallahu Wajhah juga ada berpesan,"apabila ALLAH swt ingin menghina seseorang hamba,maka ALLAH akan mengharamkan ilmu keatasnya".ALLAHU AKHBAR!Moga kita semua tidak tergolong dalamnya selamanya.Amien.

Persediaan Jasmani atau fizikal
InsyaALLAH mesti semua dah sedia maklum dengan persediaan ni kan?..Kesihatan adalah suatu nikmat ALLAH yang penting bagi kita.Pastikan kesihatan kita dengan baik sebelum memulakan perjalanan jauh ke sini.Satu kita terlupa kadang,masa kita sakit dalam keadaan terlantar baru kita tersebut-sebut kalimah ALLAH dibibir.ALLAH...lemahnya kita.ALLAH tak pernah lupakan kita walaupun kita sering kali terlupa padaNYA.Itu lah Rahmat dan Kasih SayangNYA yang tidak pernah bertepi.Walaupun taubat sering kita mungkari.

Persediaan Material atau barang-barang keperluan
Harus diketahui semasa para pelajar kemasukan baru nanti,kome tiba dalam musim yang hampir-hampir syitak(sejuk).Jadi mungkin dari segi kesihatan awalnya,akan mengalami kulit dan bibir yang agak kering.'Ala kulli hal,krim-krim atau pun losyen boleh didapati di farmasi sini.Mungkin bagi sensitif kulit boleh persiapkannya dari Malaysia.Juga ubat-ubat yang kome rasa perlu dan penting dan risau jika tak dapatnya di sini,angkut lah bersama-bersama kome.Sebab kebanyakkan klinik-klinik dan hospital di sini perkhidmatannya tidak memuaskan seperti yang kita dapat di Malaysia.

Antara barang-barang yang penting yang perlu intabeh

1.Baju tebal/sweater tebal

Dinasihatkan tak perlu kot bawa supaya tak memenuhkan beg kargo.Dan menjimatkan ruang bagi barang-barang yang lebih penting yang perlu dibawa dari Malaysia.Sebab di sini lebih banyak untuk didapati dan lebih murah.Kome boleh dapatkan di kedai-kedai musta'mal(second hand) yang ada.


balad atau downtown


2.Stokin tebal

Rasanya lebih kurang juga penjelasannya dengan sweater tebal tadi.Keadaan sini lebih banyak untuk didapati.Jangan risau je.Kakak-kakak akan tolong punya nanti.InsyaALLAH,.



3.Ubat-ubatan

Untuk ni harap dapat buat persiapan awal supaya nanti tak menyusahkan orang.haha.Seperti yang saya katakan sebentar tadi,klinik-klinik dan hospital agak kurang memuaskan perkhidmatannya.Dalam keadaan kita menahan sakit teruk gastrik atau sebagainya,dengan sopan santunnya dan berhemah mereka bertanya pada kita;

orang hospital/klinik:"saudari sakit ka?Dok situ elok-elok ye.."

Bahgianya lah dengar....=)


Buat lah penilaian sendiri.Dengan keadaan sakit teruk apa yang kita rasa.Adehh..

4.Kitab-kitab

Sebaiknya bawalah kitab-kitab yang dah kita hadam tu seperti kitab asas atau kamus bahasa arab-melayu sebagai pemudah cara dan rujukan untuk pembelajaran di sini.Sebab perjualan kamus bahasa arab-melayu dari senior-senior tak selalunya ada dan kurang pasti bagaimana.Kalau ada pun hanya kamus e-miftah sahaja.Cuma tak sesedap lah dapat memiliki kitabnya jika nak dibandingkan.Kamus yang ada di sini hanya bahasa arab-bahasa arab.Jadi,saya syorkan bawalah kamus seperti kamus at-Tullab karangan utz Husain bin Unang,kamus al-Miftah atau yang lain-lainnya lagi.Untuk Quran terjemahan bahasa melayu tak perlu risau sebab alhamdulillah kedai-kedai buku di sini sudah ada yang menjualnya.

5.Barang-barang letrik seperti seterika,blender,laptop dan yang sekutu dengannya

Barang-barang macam ni mungkin lah boleh didapati di sini cuma saya kurang berkenan dengan kualitinya saja.Sekali dua guna boleh la dibuang selepasnya.Dah macam pampers pulak.Dengan kurang berkualiti ditambah pulak dengan mahal harganya.Boleh nilai sendiri lah.Sebaiknya hangkutlah dari Malaysia sebagai nasihat saya.Untuk periuk nasi letrik rasanya tak perlulah kot.InsyaALLAH kheir ja.Ada setengah senior bawak lesung batu dari Malaysia.Bila ditanya sohib rumah(tuan rumah)..

sohib:"Apa kebendanya benda alah nih?buat apa batu kat dapur?"

budak malizi:"haha99x,ni harta pusaka nenek moyang kiteorang.turun temurun.Tak dapat kat jordan punya.."(nada bangga ja..ekekeke)




6.Makanan dan barang-barang untuk masakan dapur

InsyaALLAH barang-barang yang biasa digunakan untuk masak ada ja kat sini kat pasar dan kedai-kedai.Misalnya,macam santan,nyor kikir(kelapa yang di parut),sos tiram atau benda-benda lain.Cuma tak sesedap di Malaysia lah dan tak semua kedai ada menjualnya.Mungkin adek-adek boleh dapatkan di Pasaraya yang besar dan keluarannya dari Thailand saja.Berhati-hati lah dulu sebelum beli itu nasihat saya.Sini mungkin agak sukar untuk dapatkan barang-barang macam tu jika nak dibandingkan dengan Mesir atau Mekah.Sos cili atau kicap pun tak kebanyakkan kedai ada jualnya.Mungkin apa yang saya nak list kan untuk barang dapur dan makanan yang sememangnya tak ada disini seperti berikut :

  • Kiub atau pati tomyam
  • Serbuk kari ayam,daging dan ikan
  • Serbuk kurma
  • Serbuk sup
  • Sup bunjut
  • Serunding
  • Ikan bilis
  • Udang kering
  • Belacan
  • Tempoyak
(kalau kempunan la,tapi ada ja senior-senior dah ada pengalaman dulu.Yang penting cara pembungkusannya perlu ada strategik la supaya tak meletup..haha)
  • Bihun
  • Laksa
  • Asam jawa@gelugor
  • Keropok ikan
  • Serai
  • Kuah kacang segera
  • Kerisik
(boleh nak buat manual cuma kelapanya agak mahal dijual)

  • makanan segera terpulang pada individu.Misalnya seperti meggi.Sini kesemuanya dijual yang diimport dari Indonesia sahaja.Jadi,kalau nak kepuasan sendiri boleh bawa dari Malaysia.

  • Kacang soya
(kalau nak la..sebab pasar di sini terhad jualnya.Mungkin mudah dapat pada bulan Ramadhan saja.)

  • Perencah nasi goreng(terpulang pada individu)
  • Perencah bihun goreng(terpulang pada individu)
  • Budu(bagi yang tak mampu hidup tanpanya lah)

Ahlan wasahlan saya ucapkan sekali lagi pada adek-adek semua.Jumpa disini ye nanti.InsyaALLAH,kheir.Daripada Ziyad bin al Harith berkata:Bersabda Rasulullah SAW:"Barangsiapa mencari ilmu maka ALLAH SWT akan menjamin untuk mencukupkan rezekinya."
(Hadith riwayat al Khotib)

Diharap tidak melupakan saya didalam doa kalian.Syukran ^_^

Friday, June 10, 2011

(Peringkat kedua I’adah bagi yg sudah menghafaz alQuran 5juz

HARI/TARIKH

BILANGAN/JUMLAH JUZ

BILANGAN/JUMLAH JUZ

1

JUZ 1 (1/2 JUZ AWAL)

JUZ 5 (1/2 JUZ AKHIR)

2

JUZ 2 (1/2 JUZ AWAL)

JUZ 4 (1/2 JUZ AKHIR)

3

JUZ 3 (1/2 JUZ AWAL)

JUZ 3 (1/2 JUZ AKHIR)

4

JUZ 4 (1/2 JUZ AWAL)

JUZ 2 (1/2 JUZ AKHIR)

5

JUZ 5 (1/2 JUZ AWAL)

JUZ 1 (1/2 JUZ AKHIR)

(Peringkat pertama I’adah bagi yg sudah menghafaz al Quran 5juz

HARI/TARIKH

MUKA SURAT

1

JUZ 1 (1-5 MUKA)

2

JUZ 1 (6-10 MUKA)

3

JUZ 1 (11-15 MUKA)

4

JUZ 1 (16-20 MUKA)

5

JUZ 2 (1-5 MUKA)

6

JUZ 2 (6-10 MUKA)

7

JUZ 2 (11-15 MUKA)

8

JUZ 2 (16-20 MUKA)

9

JUZ 3 (1-5 MUKA)

10

JUZ 3 (6-10 MUKA)

11

JUZ 3 (11-15 MUKA)

12

JUZ 3 (16-20 MUKA)

13

JUZ 4 (1-5 MUKA)

14

JUZ 4 (6-10 MUKA)

15

JUZ 4 (11-15 MUKA)

16

JUZ 4 (16-20 MUKA)

17

JUZ 5 (1-5 MUKA)

18

JUZ 5 (6-10 MUKA)

19

JUZ 5 (11-15 MUKA)

20

JUZ 5 (16-20 MUKA)

Wednesday, May 25, 2011

Belajar Membaca al Quran bertajwid secara online


بسم الله الرحمن الرحيم

Segala puji hanya bagi Allah SWT yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.Tuhan sekalian 'alam.Moga kita semua senantiasa dibawah lembayung Rahmat dan Kasih SayangNYA.InsyaALLAH,kheir.
saya hanyalah al faQir dihadapan ALLAH SWT.walaupun bergelar hamba tapi belum tentu kita sudah melaksanakan makna dari segi istilah hamba itu sendiri.Dalam tidak sedar sebenarnya selama ini kita hanya lah menunaikan maksud dari segi lughawi bukan pada makna istilahinya.Moga ALLAH mengampunkan dosa-dosa yg telah kita perbuat kepadaNya.Dan marilah kita bersama-sama berusaha mencari Redha ilahi dalam memperbaiki diri ke arah yang lebih baik dan moga kita semua menjadi yang terbaik di mata ALLAH.insyaALLH,.amien,ya Rabbal 'alamin.

Memandangkan saya baru selesai fatrah exam bagi tahun 2011 ni,alhamdulillah sekarang saya mempunyai kelapangan untuk saya berkongsi ilmu yang tidak sebanyak mana ini dengan antunna sekalian.Bukan atas dasar saya sudah berasa ilmu sudah cukup di dada tetepi atas dasar ingin mencurah dan berkongsi ilmu ALLAH yang di beriNya sedikit ni.Sementara menunggu kelas pengajian yang seterus nanti,insyaALLAH saya akan membuka ruang dan meluangkan masa untuk mengajar membaca al Quran secara bertartil dan bertajwid secara online seperti tahun yang lepas.Dan saya nak maklumkan juga,ianya hanya terbuka untuk perempuan sahaja.Saya menghulurkan ribuan maaf seperti yang berlaku tahun-tahun lepas kerana tidak memenuhi permintaan untuk membuka juga pengajian ini untuk lelaki.harap paham.terima kasih =)



(Gambar di atas di ambil ketika mana kebakaran sebuah van tetapi di dapati Quran di dalam van tersebut masih elok selepas habis api-api yg membakar)


Hazrat Abu Said r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “ Allah swt berfirman, “Jikalau sesiapa mendapati tidak ada masa untuk mengingatiKu dan berdoa kepadaKu kerana sibuk dengan al-Quran maka Aku mengurniakan kepadanya perkara yang terbaik yang Aku kurniakan kepada orang yang berdoa kepadaKu”. Ketinggian perkataan Allah swt ke atas segala perkataan adalah seumpama ketinggian Allah swt ke atas segala makhluk ciptaanNya.”
(Riwayat Tirmizi, Darimi dan Baihaqi)

Juga saya mengalu-alukan sahabat-sahabat saya yang berada di sekitar Irbid yang berkemahuannya.insyaALLAH,saya cuba bantu antunna semampu yang boleh.Sila maklumkan pada saya jika mahu bertalaqqi berdepan.Contact je saya.Saya selalu ada di rumah,jika lebih rasa mudah datanglah ke rumah saya terus atau kita boleh bersama-sama buat di Masjid Jamiah Yarmouk.
=)

Bagi yang berminat boleh lah add di skype saya,zwani_islam location di Irbid,Jordan.Untuk waktu saya tidak tetapkan sebab waktu kita berlainan(Malaysia dan Jordan) dan mungkin hal kita juga berlainan.insyaALLAH,saya ada.=)

Juga saya lampirkan di sini sebagai bahan bacaan antum cara bacaan surah Al Fatihah dengan tepat serta penjelasan tentang kesalahan umum.insyaALLAH.klik di sini

Tuesday, May 24, 2011

Kemaruk Harta ‘Bathil'

Artikel di petik dari www.zaharuddin.net.
atas permintaan saudara "zarn reyes"
utk saudara perlukan penjelasan lebih terperinci definisi dan perbincangan yang lebih terperinci dalam penulisan melayu saudara boleh dapatkan buku Ustaz Syauqi Othman dan Mohammad Zaini Yahaya terbitan Pustaka Yamien (2009) yang mengisarkan tentang "rasuah menurut perspektif Islam".





Mengumpul dan memperbanyakkan harta, pangkat, kuasa dan pengaruh adalah salah satu dari sifat biasa manusia. Kita sukakan harta disebabkan manfaat segera yang boleh dinikmati darinya. Sama ada harta tersebut dalam bentuk wang tunai atau juga aset seperti kenderaan, tanah, rumah, saham dan sebagainya.

Dalam pada itu, terlalu ramai manusia yang menjadikan harta dan wang sebagai objektif utama dalam kehdiupannya. Mungkin pada asalnya niat berkerja dan berusaha adalah untuk kehidupan, namun ramai juga yang dalam proses pencarian itu, mereka terpesona dengan kenikmatan segera dari harta ini, lantaran itu kehidupan mula berubah dan tindakan mereka juga terkesan.

Allah swt berfirman :

أَلْهَاكُمُ التَّكَاثُرُ . حَتَّى زُرْتُمُ الْمَقَابِرَ

Ertinya : Memperbanyakkan (harta) dan bermegah-megah dengannya itu sesungguhnya telah melalaikan kamu, sehinggalah nanti kamu sampai ke kubur ( At-Takathur : 1-2)

Kelalaian itu hingga membawa manusia mencari harta walau dengan apa cara sekalipun, sehingga ramai yang tanpa merasa bersalah atau mengendahkan perasaan orang lain, mengambil hak yang bukan miliknya yang sah, tidak pula diiktiraf oleh hukum Islam.

Nabi s.a.w sudah mengingatkan kita agar mengasihi saudara kita sama seperti mengasihi diri sendiri. Sudah tentu, sesuatu yang buruk tidak pernah kita ingini berlaku kepada diri dan keluarga kita. Sesuatu yang kita benci, amat sekali tidak wajar dilakukannya kepada manusia yang lain, tentunya dia juga tidak suka diperlakukan sedemikian. Ada yang bertanya kepada saya:

"Ustaz bolehkah kita ubah jumlah kos claim kerana kita layak tetapi kita tidak menggunakannya, justeru kita buat resit sendiri"

yang lain pula bertanya :

"Sebagai kakitangan syarikat, apa pandangan ustaz jika kita ambil serba sedikit kemudahan syarikat untuk faedah kita seperti fotostat, telefon dan sebagainya, boleh tak ustaz?"

Saya kira, soalan ini dikethaui jawapannya oleh penanya, tetapi ada sebahagiannya bertanya kerana nafsu dan mindanya cuba untuk mencari jalan mengharuskan.

"bagaimana kalau kita yang menjadi boss, adakah kita suka kakitangan kita melakukan sedemikian terhadap harta syarikat kita?, tentunya purata kita tidak akan suka, maka mengapa kita tergamak melakukannya kepada orang lain? Itulah jawapannya, apabila seseorang tidak suka dan tidak benarkan, penggunaan itu adalah penggunaan harta yang bathil' Jawab saya ringkas.

Begitu dalam maksud dari hadis nabi yang kerap mengajar kita untuk meletakkan diri kita di tempat mangsa.

Syeikh Rashid Ridha menegaskan “penghormatan harta yang dimiliki oleh orang lain itu sebenarnya adalah merupakan penghormatan kepada hartamu sendiri” ( Tafsir Al-Manar, 2/195)

STANDARD ISLAM BAGI MASYARAKAT MAJU

Justeru sebuah masyarakat yang bertamadun menurut perspektif Islam, berkepimpinan cemerlang dalam tanggungjawab adalah mereka yang berjaya membentuk rakyat sehingga hatinya bertaut jernih di antara satu dengan lain. Sanggup dan 'ringan tulang ', bantu membantu dan harmoni tanpa ada kerakusan untuk mengambil harta orang lain secara salah.

Hanya dengan itu statistik rasuah benar-benar akan berjaya dikurangkan, demikian juga rompakan, pencurian, pecah amanah, penindasan riba dan lain-lain jenayah. Selagi kepimpinan meletakkan sasaran kemajuan hartabenda, kekayaan harta dan material sebagai ‘standard’ atau kayu ukur kejayaan sehingga mengabaikan tugas memulih dan membersihkan jiwa dan hati rakyat, selagi itulah pertambahan manusia rakus akan sentiasa seiringan dengan pembangunan material. Tatkala itu pembangunan material itu akan naik bersama sekumpulan manusia rakus yang memonopoli dan mengambil keuntungan dari pembangunan itu. Keuntungan menjadi tersekat kepada satu kumpulan sahaja, tanpa dapat ia dikongsi oleh masyarakat ramai. Di waktu itu, yang kaya bertambah kaya, yang miskin semakin papa kedana.

Kerana itulah Allah swt berfirman ;

كَيْ لَا يَكُونَ دُولَةً بَيْنَ الْأَغْنِيَاء مِنكُمْ

Ertinay : ..supaya harta itu jangan hanya beredar di antara orang-orang kaya saja di antara kamu.. (Al-Hasyr : 7)

Namun apabila bab hukum dalam pentadbiran kuasa, ekonomi, perniagaan dan kontrak pertukaran hak pemilikan ini tidak diberikan perhatian wajar, gejala negatif akan meningkat.

Nabi bersabda :

ما من عبد استرعاه الله رعية فلم يحطها بنصيحة إلا لم يجد رائحة الجنة

Ertinya : Tiadalah seorang hamba yang diberikan oleh Allah tanggungjawab kepimpinan, lalu dia tidak menasihati rakyatnya, kecuali tiadalah akan diperolehi bau syurga ( sekalipun) ( Riwayat Al-Bukhari, kitab al-ahkam, no 6731)

MAKAN HARTA BATHIL

Allah berfirman,

وَلاَ تَأْكُلُواْ أَمْوَالَكُم بَيْنَكُم بِالْبَاطِلِ وَتُدْلُواْ بِهَا إِلَى الْحُكَّامِ لِتَأْكُلُواْ فَرِيقًا مِّنْ أَمْوَالِ النَّاسِ بِالإِثْمِ وَأَنتُمْ تَعْلَمُونَ

Ertinya : Dan janganlah sebahagian kamu memakan harta sebahagian yang lain di antara kamu dengan jalan yang batil dan (janganlah) kamu membawa (urusan) harta itu kepada hakim, supaya kamu dapat memakan sebahagian daripada harta benda orang lain itu dengan (jalan berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui. (Al-Baqarah : 188)

Imam ibn Al-‘Arabi menegaskan ayat ini menerangkan satu dari kaedah utama dalam muamalat Islam, juga merupakan asas bagi semua kontrak pemilikan. Erti ‘makan’ didalam ayat tersebut adalah merangkumi penerimaan, pemberian dan penguasaan, digunakan lafaz ‘makan' sebagai suatu perumpamaan.

Manakala maksud al-bathil menurut Ibn Al-Arabi :

ما لا يحل شرعاَ لأن الشرع نهى عنه ومنع منه وحرم تعاطيه كالربا والغرر ونحوهما والباطل ما لا فائدة فيه

Ertinya : Apa sahaja yang tidak halal menurut syarak seperti riba, gharar dan seumpamanya yang tiada satu faedah dan manfaat ( buat Islam)

Imam Al-Qurtubi memasukkan perjudian, pertaruhan, penipuan, rampasan, khianat, mengingkari hak orang lain, mengambil hak orang lain tanpa restui, upah pelacuran, upah tukang tilik, bomoh, harga dan untung jualan arak, babi dan banyak lagi, semua ini tergolong dalam makanan harta secara bathil. Beliau menyimpulkan

من أخذ مال غيره لا على وجه إذن الشرع فقد أكله بالباطل

Ertinya : Sesiapa yang memakan harta orang lain tidak di atas landasan izin syarak, maka dia telah makan secara bathil.

Syeikh Rashid Ridha meluaskan lagi bentuk dan erti ‘bathil’ kepada

ما لم يكن في مقابلة شيء حقيقي وهو من البطل

Ertinya : Apa sahaja (bayaran) yang tidak mempunyai timbal balik yang wajar (yang punyai nilai pada pandangan syarak), lagi sebenar, maka ia tergolong dalam erti bathil.

KALAU MENANG DI MAHKAMAH?

Mungkin ada yang mendakwa bahawa melalui proses kehkaiman dan mahkamah, mereka berjaya memperolehi hak ke atas sesutau harta yang pada asalnya bukan miliknya. Namun, hasil kemenangan tersebut, kini ia telah sah menjadi haknya hasil pengiktirafan hakim atau qadhi.

Al-Qurtubi menolak dakwaan tersebut dengan katanya:

ومن أكل بالباطل أن يقضي القاضي لك وأنت تعلم أنك مبطل فالحرام لا يصير حلالا بقضاء القاضي , لأنه إنما يقضي بالظاهر وهذا إجماع في الأموال

Ertinya : Barangsiapa yang memakan secara bathil, walaupun jika seorang qadhi (hakim) memutuskan kemenangan kepadamu, sedang kamu sesungguhnya tahu kamu (hakikatnya) bersalah (menipu), maka yang haram tidak akan sesekali menjadi halal dengan keputusan hakim itu, dia hanya memberikan hukum berdasarkan zahir dan bukti sahaja, dan inilah (hukum yang) ijma’ dalam bab harta (Al-Jami’ Li Ahkam al-Quran, 2/338)

Pandangan itu jelas bersumberkan hadis Nabi

إنما أنا بشر , وإنكم تختصمون إلىّ , ولعلّ بعضكم أن يكون ألحن بحجته من بعض , فأقضي بنحو ما أسمع , فمن قضيت له من حق أخيه شيئاَ فلا يأخذه , فإنما أقطع له قطعة من النار

Ertinya : Sesungguhnya aku hanya manusia, dan kamu sentiasa membawa kes pertikaian untuk di selesaikan olehku, dan mungkin sebahagian kami lebih cekap berhujjah dari sebahagian lainnya, maka aku telah memutuskan hukuman berdasarkan apa yang kudengari sahaja. Barangsiapa yang telah ku jatuhi hukuman dan hukuman itu mengambil hak yang lain (akibat kurang cekap pihak yang benar dalam berhujjah), maka jangalah kamu mengambilnya, sesungguhnya ia bakal menjadi sepotong api neraka" (Riwayat Abu Daud, Tirmidzi dan lain-lain ; Rujuk Naylul Awtar, 8/632, no 3920 )

KESIMPULAN

Demikian perlunya umat Islam mengambil berat perihal pendapatan mereka, kita bimbang ambil berat ini semakin suram apabila objektif mengumpul dan memperbanyakkan harta menjadi target utama di dalam kehidupan. Apabila itu berlaku, kita akan dapati gejala negatif ini bertambah. Kerana itulah para pemimpin yang berkuasa di semua peringkat perlu segera kembali berperanan untuk mengikat dan mengakarkan hati rakyat jelata dengan pembalasan baik buruk di akhirat. Hanya dengan demikian, keharmonian hakiki akan mampu dikembalikan.

Ringkasannya, termasuk juga dalam erti memakan atau menerima dan mengambil harta secara batil antaranya:-

a. Menjual sesuatu yang memudaratkan masyarakat seperti menjual ubat dan makanan yang telah tamat tempoh, kesan buruk akibat tercemar atau mempunyai aib tapi disembunyikan,

b. Upah menjampi yang bercanggah dengan Islam,

c. Mengadakan kursus motivasi dengan ilmu-ilmu karut dan meragukan seperti sandaran ramal masa hadapan sama ada melalui tarikh lahir, rupa paras dan yang sepertinya,

d. Menyalahgunakan pekerja sehingga mereka disuruh melakukan tugasan yang tidak dibayar setimpal serta dizalimi dari sebarang kenaikan walau mempunyai merit yang tinggi dan baik.

e. Mengambil upah hiburan (entertaintment cost) dari syarikat-syarikat sebagai pra-syarat untuk memastikan peluang kontrak dan tender sentiasa baik.

f. Sengaja dengan niat berhutang dengan niat untuk tidak membayar semula, dan sentiasa beralasan untuk melepaskan diri dari pembayaran semula hutangnya, walau dalam keadaan mampu.

g. Individu yang tidak termasuk dalam kategori asnaf zakat tetapi menerima wang zakat. Mereka juga adalah pemakan harta secara bathil.

h. Individu yang mengambil dan menikmati harta waqaf secara peribadi dan menjadikannya sebagai hak miliknya secara tetap. Ini juga ditegah dan termasuk dalam harta bathil.

i. Memakan dan menyalahgunakan harta anak yatim piatu yang masih kecil.

j. Hadiah-hadiah yang diberi oleh pelanggan atas alasan kononnya berterima kasih atas kecekapan dan bantuan kita selaku pekerja yang menyiapkan kerja tepat waktunya atau segera. Ia dinamakan wang ‘ghulul’ atau ‘khianat’ oleh Nabi s.a.w.

k. Mencipta dan menghasilkan filem, novel, penulisan majalah, artikel, kartun, animasi, drama, buku, cerpen dan sepertinya yang meraikan nafsu manusia, bertemakan nafsu dan hiburan bagi meraih keuntungan dari undstri nafsu yang tiada bertepian. Keuntungan yang diperolehi hasil dari hasil 'seni' yang merosakan jatidiri kemanusian, ini tentulah tergolong di dalam harta bathil.

l. Mencuri dan mengambil kesempatan di atas musibah yang sedang menimpa orang lain, lalu berganda-gandalah dosa mereka.

Akhir sekali nabi mengingatkan kita bersifat unik khususnya di akhir zaman di mana terlalu ramai ramai yang kemaruk wang bathil, sabda nabi:

لو كان لابن آدم واديان من مال لابتغى ثالثا ولا يملأ جوف ابن آدم إلا التراب ويتوب الله على من تاب .
Maksudnya : “Daripada Ibnu Abbas Radhiallahu ‘anhuma, dia berkata: “Saya mendengar Nabi Shallahu ‘alaihi wasallam bersabda : “Seandainya manusia memiliki dua lembah yang penuh dengan harta, nescaya dia mencari (lembah harta) yang ketiga. Tiada yang memenuhi isi perut manusia, kecuali tanah. Dan Allah menerima taubat orang yang bertaubat. ( Al-Bukhari)

Sekian