Wednesday, May 25, 2011

Belajar Membaca al Quran bertajwid secara online


بسم الله الرحمن الرحيم

Segala puji hanya bagi Allah SWT yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.Tuhan sekalian 'alam.Moga kita semua senantiasa dibawah lembayung Rahmat dan Kasih SayangNYA.InsyaALLAH,kheir.
saya hanyalah al faQir dihadapan ALLAH SWT.walaupun bergelar hamba tapi belum tentu kita sudah melaksanakan makna dari segi istilah hamba itu sendiri.Dalam tidak sedar sebenarnya selama ini kita hanya lah menunaikan maksud dari segi lughawi bukan pada makna istilahinya.Moga ALLAH mengampunkan dosa-dosa yg telah kita perbuat kepadaNya.Dan marilah kita bersama-sama berusaha mencari Redha ilahi dalam memperbaiki diri ke arah yang lebih baik dan moga kita semua menjadi yang terbaik di mata ALLAH.insyaALLH,.amien,ya Rabbal 'alamin.

Memandangkan saya baru selesai fatrah exam bagi tahun 2011 ni,alhamdulillah sekarang saya mempunyai kelapangan untuk saya berkongsi ilmu yang tidak sebanyak mana ini dengan antunna sekalian.Bukan atas dasar saya sudah berasa ilmu sudah cukup di dada tetepi atas dasar ingin mencurah dan berkongsi ilmu ALLAH yang di beriNya sedikit ni.Sementara menunggu kelas pengajian yang seterus nanti,insyaALLAH saya akan membuka ruang dan meluangkan masa untuk mengajar membaca al Quran secara bertartil dan bertajwid secara online seperti tahun yang lepas.Dan saya nak maklumkan juga,ianya hanya terbuka untuk perempuan sahaja.Saya menghulurkan ribuan maaf seperti yang berlaku tahun-tahun lepas kerana tidak memenuhi permintaan untuk membuka juga pengajian ini untuk lelaki.harap paham.terima kasih =)



(Gambar di atas di ambil ketika mana kebakaran sebuah van tetapi di dapati Quran di dalam van tersebut masih elok selepas habis api-api yg membakar)


Hazrat Abu Said r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “ Allah swt berfirman, “Jikalau sesiapa mendapati tidak ada masa untuk mengingatiKu dan berdoa kepadaKu kerana sibuk dengan al-Quran maka Aku mengurniakan kepadanya perkara yang terbaik yang Aku kurniakan kepada orang yang berdoa kepadaKu”. Ketinggian perkataan Allah swt ke atas segala perkataan adalah seumpama ketinggian Allah swt ke atas segala makhluk ciptaanNya.”
(Riwayat Tirmizi, Darimi dan Baihaqi)

Juga saya mengalu-alukan sahabat-sahabat saya yang berada di sekitar Irbid yang berkemahuannya.insyaALLAH,saya cuba bantu antunna semampu yang boleh.Sila maklumkan pada saya jika mahu bertalaqqi berdepan.Contact je saya.Saya selalu ada di rumah,jika lebih rasa mudah datanglah ke rumah saya terus atau kita boleh bersama-sama buat di Masjid Jamiah Yarmouk.
=)

Bagi yang berminat boleh lah add di skype saya,zwani_islam location di Irbid,Jordan.Untuk waktu saya tidak tetapkan sebab waktu kita berlainan(Malaysia dan Jordan) dan mungkin hal kita juga berlainan.insyaALLAH,saya ada.=)

Juga saya lampirkan di sini sebagai bahan bacaan antum cara bacaan surah Al Fatihah dengan tepat serta penjelasan tentang kesalahan umum.insyaALLAH.klik di sini

Tuesday, May 24, 2011

Kemaruk Harta ‘Bathil'

Artikel di petik dari www.zaharuddin.net.
atas permintaan saudara "zarn reyes"
utk saudara perlukan penjelasan lebih terperinci definisi dan perbincangan yang lebih terperinci dalam penulisan melayu saudara boleh dapatkan buku Ustaz Syauqi Othman dan Mohammad Zaini Yahaya terbitan Pustaka Yamien (2009) yang mengisarkan tentang "rasuah menurut perspektif Islam".





Mengumpul dan memperbanyakkan harta, pangkat, kuasa dan pengaruh adalah salah satu dari sifat biasa manusia. Kita sukakan harta disebabkan manfaat segera yang boleh dinikmati darinya. Sama ada harta tersebut dalam bentuk wang tunai atau juga aset seperti kenderaan, tanah, rumah, saham dan sebagainya.

Dalam pada itu, terlalu ramai manusia yang menjadikan harta dan wang sebagai objektif utama dalam kehdiupannya. Mungkin pada asalnya niat berkerja dan berusaha adalah untuk kehidupan, namun ramai juga yang dalam proses pencarian itu, mereka terpesona dengan kenikmatan segera dari harta ini, lantaran itu kehidupan mula berubah dan tindakan mereka juga terkesan.

Allah swt berfirman :

أَلْهَاكُمُ التَّكَاثُرُ . حَتَّى زُرْتُمُ الْمَقَابِرَ

Ertinya : Memperbanyakkan (harta) dan bermegah-megah dengannya itu sesungguhnya telah melalaikan kamu, sehinggalah nanti kamu sampai ke kubur ( At-Takathur : 1-2)

Kelalaian itu hingga membawa manusia mencari harta walau dengan apa cara sekalipun, sehingga ramai yang tanpa merasa bersalah atau mengendahkan perasaan orang lain, mengambil hak yang bukan miliknya yang sah, tidak pula diiktiraf oleh hukum Islam.

Nabi s.a.w sudah mengingatkan kita agar mengasihi saudara kita sama seperti mengasihi diri sendiri. Sudah tentu, sesuatu yang buruk tidak pernah kita ingini berlaku kepada diri dan keluarga kita. Sesuatu yang kita benci, amat sekali tidak wajar dilakukannya kepada manusia yang lain, tentunya dia juga tidak suka diperlakukan sedemikian. Ada yang bertanya kepada saya:

"Ustaz bolehkah kita ubah jumlah kos claim kerana kita layak tetapi kita tidak menggunakannya, justeru kita buat resit sendiri"

yang lain pula bertanya :

"Sebagai kakitangan syarikat, apa pandangan ustaz jika kita ambil serba sedikit kemudahan syarikat untuk faedah kita seperti fotostat, telefon dan sebagainya, boleh tak ustaz?"

Saya kira, soalan ini dikethaui jawapannya oleh penanya, tetapi ada sebahagiannya bertanya kerana nafsu dan mindanya cuba untuk mencari jalan mengharuskan.

"bagaimana kalau kita yang menjadi boss, adakah kita suka kakitangan kita melakukan sedemikian terhadap harta syarikat kita?, tentunya purata kita tidak akan suka, maka mengapa kita tergamak melakukannya kepada orang lain? Itulah jawapannya, apabila seseorang tidak suka dan tidak benarkan, penggunaan itu adalah penggunaan harta yang bathil' Jawab saya ringkas.

Begitu dalam maksud dari hadis nabi yang kerap mengajar kita untuk meletakkan diri kita di tempat mangsa.

Syeikh Rashid Ridha menegaskan “penghormatan harta yang dimiliki oleh orang lain itu sebenarnya adalah merupakan penghormatan kepada hartamu sendiri” ( Tafsir Al-Manar, 2/195)

STANDARD ISLAM BAGI MASYARAKAT MAJU

Justeru sebuah masyarakat yang bertamadun menurut perspektif Islam, berkepimpinan cemerlang dalam tanggungjawab adalah mereka yang berjaya membentuk rakyat sehingga hatinya bertaut jernih di antara satu dengan lain. Sanggup dan 'ringan tulang ', bantu membantu dan harmoni tanpa ada kerakusan untuk mengambil harta orang lain secara salah.

Hanya dengan itu statistik rasuah benar-benar akan berjaya dikurangkan, demikian juga rompakan, pencurian, pecah amanah, penindasan riba dan lain-lain jenayah. Selagi kepimpinan meletakkan sasaran kemajuan hartabenda, kekayaan harta dan material sebagai ‘standard’ atau kayu ukur kejayaan sehingga mengabaikan tugas memulih dan membersihkan jiwa dan hati rakyat, selagi itulah pertambahan manusia rakus akan sentiasa seiringan dengan pembangunan material. Tatkala itu pembangunan material itu akan naik bersama sekumpulan manusia rakus yang memonopoli dan mengambil keuntungan dari pembangunan itu. Keuntungan menjadi tersekat kepada satu kumpulan sahaja, tanpa dapat ia dikongsi oleh masyarakat ramai. Di waktu itu, yang kaya bertambah kaya, yang miskin semakin papa kedana.

Kerana itulah Allah swt berfirman ;

كَيْ لَا يَكُونَ دُولَةً بَيْنَ الْأَغْنِيَاء مِنكُمْ

Ertinay : ..supaya harta itu jangan hanya beredar di antara orang-orang kaya saja di antara kamu.. (Al-Hasyr : 7)

Namun apabila bab hukum dalam pentadbiran kuasa, ekonomi, perniagaan dan kontrak pertukaran hak pemilikan ini tidak diberikan perhatian wajar, gejala negatif akan meningkat.

Nabi bersabda :

ما من عبد استرعاه الله رعية فلم يحطها بنصيحة إلا لم يجد رائحة الجنة

Ertinya : Tiadalah seorang hamba yang diberikan oleh Allah tanggungjawab kepimpinan, lalu dia tidak menasihati rakyatnya, kecuali tiadalah akan diperolehi bau syurga ( sekalipun) ( Riwayat Al-Bukhari, kitab al-ahkam, no 6731)

MAKAN HARTA BATHIL

Allah berfirman,

وَلاَ تَأْكُلُواْ أَمْوَالَكُم بَيْنَكُم بِالْبَاطِلِ وَتُدْلُواْ بِهَا إِلَى الْحُكَّامِ لِتَأْكُلُواْ فَرِيقًا مِّنْ أَمْوَالِ النَّاسِ بِالإِثْمِ وَأَنتُمْ تَعْلَمُونَ

Ertinya : Dan janganlah sebahagian kamu memakan harta sebahagian yang lain di antara kamu dengan jalan yang batil dan (janganlah) kamu membawa (urusan) harta itu kepada hakim, supaya kamu dapat memakan sebahagian daripada harta benda orang lain itu dengan (jalan berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui. (Al-Baqarah : 188)

Imam ibn Al-‘Arabi menegaskan ayat ini menerangkan satu dari kaedah utama dalam muamalat Islam, juga merupakan asas bagi semua kontrak pemilikan. Erti ‘makan’ didalam ayat tersebut adalah merangkumi penerimaan, pemberian dan penguasaan, digunakan lafaz ‘makan' sebagai suatu perumpamaan.

Manakala maksud al-bathil menurut Ibn Al-Arabi :

ما لا يحل شرعاَ لأن الشرع نهى عنه ومنع منه وحرم تعاطيه كالربا والغرر ونحوهما والباطل ما لا فائدة فيه

Ertinya : Apa sahaja yang tidak halal menurut syarak seperti riba, gharar dan seumpamanya yang tiada satu faedah dan manfaat ( buat Islam)

Imam Al-Qurtubi memasukkan perjudian, pertaruhan, penipuan, rampasan, khianat, mengingkari hak orang lain, mengambil hak orang lain tanpa restui, upah pelacuran, upah tukang tilik, bomoh, harga dan untung jualan arak, babi dan banyak lagi, semua ini tergolong dalam makanan harta secara bathil. Beliau menyimpulkan

من أخذ مال غيره لا على وجه إذن الشرع فقد أكله بالباطل

Ertinya : Sesiapa yang memakan harta orang lain tidak di atas landasan izin syarak, maka dia telah makan secara bathil.

Syeikh Rashid Ridha meluaskan lagi bentuk dan erti ‘bathil’ kepada

ما لم يكن في مقابلة شيء حقيقي وهو من البطل

Ertinya : Apa sahaja (bayaran) yang tidak mempunyai timbal balik yang wajar (yang punyai nilai pada pandangan syarak), lagi sebenar, maka ia tergolong dalam erti bathil.

KALAU MENANG DI MAHKAMAH?

Mungkin ada yang mendakwa bahawa melalui proses kehkaiman dan mahkamah, mereka berjaya memperolehi hak ke atas sesutau harta yang pada asalnya bukan miliknya. Namun, hasil kemenangan tersebut, kini ia telah sah menjadi haknya hasil pengiktirafan hakim atau qadhi.

Al-Qurtubi menolak dakwaan tersebut dengan katanya:

ومن أكل بالباطل أن يقضي القاضي لك وأنت تعلم أنك مبطل فالحرام لا يصير حلالا بقضاء القاضي , لأنه إنما يقضي بالظاهر وهذا إجماع في الأموال

Ertinya : Barangsiapa yang memakan secara bathil, walaupun jika seorang qadhi (hakim) memutuskan kemenangan kepadamu, sedang kamu sesungguhnya tahu kamu (hakikatnya) bersalah (menipu), maka yang haram tidak akan sesekali menjadi halal dengan keputusan hakim itu, dia hanya memberikan hukum berdasarkan zahir dan bukti sahaja, dan inilah (hukum yang) ijma’ dalam bab harta (Al-Jami’ Li Ahkam al-Quran, 2/338)

Pandangan itu jelas bersumberkan hadis Nabi

إنما أنا بشر , وإنكم تختصمون إلىّ , ولعلّ بعضكم أن يكون ألحن بحجته من بعض , فأقضي بنحو ما أسمع , فمن قضيت له من حق أخيه شيئاَ فلا يأخذه , فإنما أقطع له قطعة من النار

Ertinya : Sesungguhnya aku hanya manusia, dan kamu sentiasa membawa kes pertikaian untuk di selesaikan olehku, dan mungkin sebahagian kami lebih cekap berhujjah dari sebahagian lainnya, maka aku telah memutuskan hukuman berdasarkan apa yang kudengari sahaja. Barangsiapa yang telah ku jatuhi hukuman dan hukuman itu mengambil hak yang lain (akibat kurang cekap pihak yang benar dalam berhujjah), maka jangalah kamu mengambilnya, sesungguhnya ia bakal menjadi sepotong api neraka" (Riwayat Abu Daud, Tirmidzi dan lain-lain ; Rujuk Naylul Awtar, 8/632, no 3920 )

KESIMPULAN

Demikian perlunya umat Islam mengambil berat perihal pendapatan mereka, kita bimbang ambil berat ini semakin suram apabila objektif mengumpul dan memperbanyakkan harta menjadi target utama di dalam kehidupan. Apabila itu berlaku, kita akan dapati gejala negatif ini bertambah. Kerana itulah para pemimpin yang berkuasa di semua peringkat perlu segera kembali berperanan untuk mengikat dan mengakarkan hati rakyat jelata dengan pembalasan baik buruk di akhirat. Hanya dengan demikian, keharmonian hakiki akan mampu dikembalikan.

Ringkasannya, termasuk juga dalam erti memakan atau menerima dan mengambil harta secara batil antaranya:-

a. Menjual sesuatu yang memudaratkan masyarakat seperti menjual ubat dan makanan yang telah tamat tempoh, kesan buruk akibat tercemar atau mempunyai aib tapi disembunyikan,

b. Upah menjampi yang bercanggah dengan Islam,

c. Mengadakan kursus motivasi dengan ilmu-ilmu karut dan meragukan seperti sandaran ramal masa hadapan sama ada melalui tarikh lahir, rupa paras dan yang sepertinya,

d. Menyalahgunakan pekerja sehingga mereka disuruh melakukan tugasan yang tidak dibayar setimpal serta dizalimi dari sebarang kenaikan walau mempunyai merit yang tinggi dan baik.

e. Mengambil upah hiburan (entertaintment cost) dari syarikat-syarikat sebagai pra-syarat untuk memastikan peluang kontrak dan tender sentiasa baik.

f. Sengaja dengan niat berhutang dengan niat untuk tidak membayar semula, dan sentiasa beralasan untuk melepaskan diri dari pembayaran semula hutangnya, walau dalam keadaan mampu.

g. Individu yang tidak termasuk dalam kategori asnaf zakat tetapi menerima wang zakat. Mereka juga adalah pemakan harta secara bathil.

h. Individu yang mengambil dan menikmati harta waqaf secara peribadi dan menjadikannya sebagai hak miliknya secara tetap. Ini juga ditegah dan termasuk dalam harta bathil.

i. Memakan dan menyalahgunakan harta anak yatim piatu yang masih kecil.

j. Hadiah-hadiah yang diberi oleh pelanggan atas alasan kononnya berterima kasih atas kecekapan dan bantuan kita selaku pekerja yang menyiapkan kerja tepat waktunya atau segera. Ia dinamakan wang ‘ghulul’ atau ‘khianat’ oleh Nabi s.a.w.

k. Mencipta dan menghasilkan filem, novel, penulisan majalah, artikel, kartun, animasi, drama, buku, cerpen dan sepertinya yang meraikan nafsu manusia, bertemakan nafsu dan hiburan bagi meraih keuntungan dari undstri nafsu yang tiada bertepian. Keuntungan yang diperolehi hasil dari hasil 'seni' yang merosakan jatidiri kemanusian, ini tentulah tergolong di dalam harta bathil.

l. Mencuri dan mengambil kesempatan di atas musibah yang sedang menimpa orang lain, lalu berganda-gandalah dosa mereka.

Akhir sekali nabi mengingatkan kita bersifat unik khususnya di akhir zaman di mana terlalu ramai ramai yang kemaruk wang bathil, sabda nabi:

لو كان لابن آدم واديان من مال لابتغى ثالثا ولا يملأ جوف ابن آدم إلا التراب ويتوب الله على من تاب .
Maksudnya : “Daripada Ibnu Abbas Radhiallahu ‘anhuma, dia berkata: “Saya mendengar Nabi Shallahu ‘alaihi wasallam bersabda : “Seandainya manusia memiliki dua lembah yang penuh dengan harta, nescaya dia mencari (lembah harta) yang ketiga. Tiada yang memenuhi isi perut manusia, kecuali tanah. Dan Allah menerima taubat orang yang bertaubat. ( Al-Bukhari)

Sekian




Thursday, May 19, 2011

Tahniah atas kejayaan himpunan PAS ganti UMNO peringkat zon utara Perak : pesuruhjaya PAS Perak


16 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -
IPOH, Pesuruhjaya PAS Perak, mengucapkan jutaan tahniah kepada seluruh jawatankuasa program yang terlibat atas kejayaan program himpunan PAS ganti UMNO peringkat negeri Perak yang dianjurkan pada 14 dan 15 Mei baru-baru ini.

Menurut beliau, komitmen yang telah diberikan oleh seluruh ahli jawatankuasa program serta sokongan dari seluruh ahli PAS Perak dapat menguatkan lagi istiqamah dan semangat PAS Perak untuk menyusun strategi bagi merealisasikan agenda PAS ganti UMNO selepas PRU 13 nanti

Beliau juga menyatakan, dengan kejayaan program PAS ganti UMNO ini,jelas menggambarkan PAS Perak sentiasa bersiap sedia untuk berhadapan dengan pilihanraya umum ke 13 pada bila-bila masa dari sekarang.

Memetik ucapan beliau “ PAS harus menjadi jauh lebih baik daripada Umno dan berlumba untuk menawarkan perkhidmatan terbaik kepada rakyat, kita serius ingin menggantikan Umno dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) nanti ”.

“PAS adalah Gerakan Islam yang membawa pakej perjuangan yang menarik, mengulangi pakej asal yang diperjuangkan oleh Rasulullah saw. Pakej yang dimaksudkan ialah tarbiyah, dakwah dan siasah. Melalui pakej ini, PAS bergerak ke tengah medan lantas mengadun gerakkerja amal Islaminya secara seimbang berasas ramuan 3 elemen dari pakej tersebut”
Justeru beliau mengharapkan agar himpunan rakyat PAS ganti UMNO yang akan diadakan di zon selatan ( Cenderung Balai Teluk Intan Perak ) pada 28-29 Mei 2011 akan dapat menarik lebih ramai lagi kehadiran ahli dan rakyat untuk sama-sama berpadu tenaga bagi menjayakan program tersebut.

mohd hafez sabri

sumber : http://idhamlim.blogspot.com/2011/05/tahniah-atas-kejayaan-himpunan-pas.html

Monday, May 16, 2011

Akademi Tahfiz Az zikr Irbid Jordan




Akademi Tahfiz Az-Zikr ditubuhkan secara rasminya pada tahun 2009 demi melahirkan generasi Al-Quran yang unik dari kalangan mahasiswa2 Jordan. Program-program tarbiyah berteraskan Al-Quran yang dirancang bertujuan menjadikan Al-Quran sebagai fisiologi para huffaz agar mampu menjadi promoter risalah nabi yang terbaik sepertimana yang telah ditunjukkan oleh para sahabat, generasi al-Quran yang pertama. Semoga usaha kecil kita bersama dalam mempertahankan mukjizat teragung ini diberkati dan dipermudahkan oleh Allah, punca segala kekuatan

Akademi Tahfiz Az-Zikr
JKK Pembangunan Rohani
Persatuan Mahasiswa Irbid (PERMAI)
Irbid, Jordan.


(gambar di atas hanya di antara ahli yang dapat hadir pada malam bersama syeikh makmun.Jumlah sebenar hampir 70-80 ahli akademi tahfiz az zikr termasuk syabab dan akhawat)



pembimbing Akademi Tahfiz Az Zikr Irbid Jordan bagi semua kelas-kelas yang ada.(yang tiada di dalam gambar adalah saya sendiri.:-p sakit perut x dapat bergambar sekali)





sepertimana disebut daripada Usman b. Affan r.a., Nabi Muhammad s.a.w. bersabda:

"Sebaik-baik kamu ialah orang yang belajar Al-Quran dan mengajarkannya."

(riwayat al-Bukhari)



Al-Quran itu kenal siapa sang perindunya.ia kenal siapa yang bersengkang mata membacanya,kenal siapa yang menghayatinya,mengamal segala ahkamnya,memperjuang segala perintahnya,seruan serta petunjuknya.Jadi,berbahagialah wahai Jilul Quran!Pada zaman mana pun dirimu berada,cukuplah engkau faham erti 'menjaganya'


Guru pertama adalah ibu ayah kita sendiri



وَقَضَىٰ رَبُّكَ أَلَّا تَعۡبُدُوٓاْ إِلَّآ إِيَّاهُ وَبِٱلۡوَٲلِدَيۡنِ إِحۡسَـٰنًا‌ۚ إِمَّا يَبۡلُغَنَّ عِندَكَ ٱلۡڪِبَرَ أَحَدُهُمَآ أَوۡ كِلَاهُمَا فَلَا تَقُل لَّهُمَآ أُفٍّ۬ وَلَا تَنۡہَرۡهُمَا وَقُل لَّهُمَا قَوۡلاً۬ ڪَرِيمً۬ا ٢٣ وَٱخۡفِضۡ لَهُمَا جَنَاحَ ٱلذُّلِّ مِنَ ٱلرَّحۡمَةِ وَقُل رَّبِّ ٱرۡحَمۡهُمَا كَمَا رَبَّيَانِى صَغِيرً۬ا٢٤


“Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya Engkau tidak menyembah melainkan kepadanya semata-mata, dan hendaklah Engkau berbuat baik kepada ibu bapa. jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua Dalam jagaan dan peliharaanMu, maka janganlah Engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "Ha", dan janganlah Engkau menengking menyergah mereka, tetapi Katakanlah kepada mereka perkataan Yang mulia (yang bersopan santun). Dan hendaklah Engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, Dengan berkata): "Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil." (Al-Isra : 23-24)

selamat hari guru