Tuesday, September 1, 2009

wanita islam dan kecantikan(episod 2)



MEWARNA RAMBUT

PERKHIDMATAN

1.inai(hitam/merah)menyejukkan kulit kepala.mengalakkan pertumbuhan rambut.menguatkan akar rambut.mengurangkan sakit kepala.menyihatkan rambut dan kulit kepala.

2.mewarna rambut.mengembalikan warna asal bagi rambut beruban.menukarkan warna asal rambut kepada warna yang lebih menarik.sebagai perhiasan(menampakkan warna atau celupan warna pada hujung rambut).punyai 2 jenis:Permanent(meresap dalam rambut).Semi Permanent(hanya menutupi bahagian luar rambut).

ULASAN

Dalam hal ini jika ia bertujuan untuk merubah kejadian asal agar lebih cantik daripadanya maka hukumnya adalah haram.ini kerana ia telah lari dari fitrah semulajadi ciptaan Allah SWT.ini di kuatkan lagi dengan janji syaitan untuk memperdaya uamat manusia yang bermaksud:"Dan sungguh akan aku suruh mereka(merubah ciptaan Allah SWT)".(surah an-nisa':119)

Merubah ciptaan Allah SWT yang dimaksudkan disini ialah sesuatu yang dilakukan sehingga satu kejadian asal (fitrah) bertukar kepada yang palsu atau lari dari fitrah kejadian azali dengan sengaja tanpa ada keuzuran (kemaslahatan).contohnya seseorang yang mewarnakan rambutnya sehingga ia menjadi satu perhiasan yang lebih cantik dari rambut asalnya.dari sudut ini ia termasuk dalam pembaziran harta (wang) untuk perkara yang tidak berfaedah dengan tujuan untuk menarik perhatian dan memperdaya orang lain.

Sudah tentu ianya akan membawa kepada pendedahan aurat,kerana tujuan asalnya sendiri adalah untuk dipertonton dan disaksikan.bertambah berat lagi apabila ia dilihat oleh lelaki ajnabi (asing) yang bukan mahramnya.maka disini hukumnya adalah haram.sekaligus menimbulkan sifat riyak apabila merasakan dirinya lebih sempurna dan menarik berbanding wanita lain.manakala faktor yang paling utamanya ialah tidak bersyukur dan redho dengan pemberian dan taqdir dari Allah SWT.

Kini berbagai jenis pewarna yang timbul sekaligus menarik minat wanita muslimah untuk mencubanya.persoalannya disini(cehh,macam debat la plak..)walaupun sebahagian jenama ini ditandai dengan logo halal,adakah ianya benar2 halal untuk digunakan dalam urusan bersuci seperti ketika berwuduk (mengangkat hadas kecil) dan mandi hadas besar yang memerlukan air untuk sampai ke semua bahagian rambut termasuklah kulit atau sebahagian untuk berwuduk.

Jika dilihat pada isi kandungan dan fungsi asalnya untuk mewarna rambut maka ia tentu akan menghasilkan sesuatu yang bersifat meliputi tetapi bukanlah meresap sepertimana sifat meresapnya inai pada jari dan kuku yang tidak menghalang air sampai pada bahagian yang wajib dibasuh.dari itu jika sifat pewarna rambut itu melekat atau melapis rambut,sekalipun ianya halal atau suci maka ia sudah pasti menghalang air untuk sampai kepada rambut.sekaligus tidak akan tamam (sempurna) mandi hadas besarnya dan akan menyebabkan ibadahnya tidak sah disebabkan hadasnya tidak terangkat (suci).


Warna yang dibenarkan dalam Islam untuk mewarna rambut adalah warna selain hitam dengan menggunakan bahan semulajadi daripada tumbuh-tumbuhan,sebagaimana sebuah hadith yang menyebut tentang amaran terhadap orang yang mewarna atau berinai dengan warna hitam iaitu,sabda Baginda SAW daripada Abbas R.Anhuma katanya:"Akan ada satu kumpulan orang berinai dengan warna hitam pada akhir zaman (seperti sekarang) diibaratkan seperti dada burung merpati yang hitam.mereka2 ini tidak akan mencium bau syurga."(HR Abu Daud,Nasai' dan lain2)

No comments: