Sunday, July 19, 2009

wanita islam dan kecantikan(episod 1)

KECANTIKAN

Daya penarik tersendiri bagi wanita adalah dari segi kecantikan mereka.Bagi sesetengah lelaki kecantikanlah yang menjadi faktor utama dalam memilih wanita.Soal agama tidak lagi dipersoalkan asalkan berperawatakan menarik dan cantik sudah memadai.

Dari kecantikanlah timbulnya kehancuran dan fitnah di kalangan manusia.Tidak hairanlah wanita kerapkali menjadi mangsa kezaliman disamping mereka sendiri yang tidak dipedulikan batas kewanitaan yang telah ditetapkan syariat samada dari segi pemakaian,perhiasan dan sebagainya.Namun begitu tidak semestinya sebagai wanita muslimah penampilan tidak perlu dititikberatkan.Ini sebenarnya telah lari dari pentapan syaria.Sebagaimana hadith Rasulullah SAW,sabdanya yang bermaksud:"Kamu semua akan mendatangi saudara-saudara kamu.Disebabkan itu pebaikilah kenderaan kamu,dan pakailah pakaian yang bagus sehingga menjadi seperti tahi lalat di tengah-tengah umat manusia.Sesungguhnya Allah SWT tidak suka kekejian dan mencarut.(Hadis Abu Dawud dan Hakim)

Rasulullah SAW telah mengkategorikan penampilan yang buruk sebagai suatu yang dibenci oleh Allah SWT.Apabila Islam telah menyeru kaum muslimin untuk sentiasa menjaga penampilan dan kebersihannya maka ia juga adalah perintah kepada kaum wanita.Justeru wanita muslimah tidak boleh mengabaikan dirinya,tidak peduli mengenai penampilan yang bersih ditengah kesibukan menguruskan rumahtangga dan menjalankan tanggungjawab sebagai seorang ibu.Bahkan disaran agar sentiasa berpenampilan baik dan tidak berlebih -lebihan iaitu berperibadi sebagai wanita muslimah.

Namun ditengah perjalanan menjalankan perintah berpenampilan menarik ini,muncullah anasir-anasir yang boleh menggugat keperibadian seorang wanita muslaimah.Konsep-konsep yang diterapkan ke dalam jiwa mereka dalam arus kemodenan ini meringankan apa yang telah ditetapkan dan dilarang dalam Islam.Inilah yang menjadi kebanggaan dan kejayaan orang kafir yang sentiasa ingin menjatuhkan Islam ke tahap yang mereka kehendaki.Justeru penelitian dalam penggunaan dan pengalamannya amat dititikberatkan dalam
Islam.

MERAWAT RAMBUT

PERKHIDMATAN TUJUAN

1.cuci rambut kebersihan rambut dan kulit kepala.
kebersihan (peredaran darah,melegakan
sakit kepala,kurangkan stress)
2.rawatan rambut (tradisional/moden) merawat kulit kepala yang
bermasalah seperti kelemumur,rambut berbuah
dan bercabang.

ULASAN :

Penghormatan terhadap rambut menurut citarasa Islam adalah dengan merapikan,membersihkan serta menjaga rupa bentuknya.Perintah itu disampaikan oleh Rasul SAW melalui hadisnya yang bekmaksud:"Dari Abu Hurairah katanya:Rasulullah SAW pernah bersabda:Barangsiapa yang mempunyai rambut,maka hormatilah rambutnya."(HR Abu Dawud)


dalam syarah hadis ini,hormatilah bermakna menghias dan membersihnya dengan membasuh,meminyak,menyisir(bunyi mcm indon ja,mksdnya menyikat),dan tidak membiarkannya berserabut serabai ja,sesungguhnya kebersihan dan pandangan yang kemas itu disukai semua.


Nabi SAW sendiri sangat membenci orang yang membiarkan rambutnya tidak terurus sehingga kadang2 akan menimbulkan bau yang tidak menyenangkan kepada orang lain.Perbuatan seperti ini diibaratkan Nab SAW seperti syaitan.Hal ini disampaikan melalui hadis yang diriwayatkan oleh Imam Malik yang bermaksud:"Dari Atha' Ibnu Yasar katanya:Ketika Rasulullah SAW sedang berada di masjid,maka ada seorang lelaki yang rambutnya dan janggutnya dalam keadaan berserabut datang pada beliau.Rasulullah SAW memberi isyarat pada orang itu untuk merapikan rambutnya dan janggutnya.Setelah orang itu melaksanakan apa yang diisyaratkan Nabi SAW,maka ia datang pada beliau.Sabda Rasulullah SAW :Bukankah yang sedemikian ini lebih baik daripada jika salah seorang dari kamu datang sedangkan rambutnya dalam keadaan berserabut bagaikan syaitan?"(HR Imam Malik)

Jika begitulah yang diterangkan mengenai kebersihan dan penjagaan kepada lelaki,maka bagi wanita tentulah lebih perlu kepada penjagaan dan perapian ini.Kerana rambutlah salah satu dari faktor utama kecantikan juga daya penarik dirinya.Bak kata masyarakat sekarang'rambut itu mahkota wanita'.Maka peliharalah dan hargailah ia selagi mana tidak menggunakan bahan yang berunsur haram dan was2 dalam penggunaanya.

MEMOTONG,KERINTNG DAN MELURUSKAN RAMBUT.

PERKHIDMATAN TUJUAN

1.gunting rambut nampak kemas

menyembunyikan muka yang kurang menarik

(hahaha.ishk,tak siqah buat macam tuh)

kepuasan dan keselesaan.

2.kerinting menampakkan rambut lebih lebat bagi yang

berambut nipis.

kepuasan diri.

bersifat sementara,tahan sehingga 6 bulan ja.

(kalo kome rasa salah,buat tak to ja)

3.rebonding untuk menampakkan rambut lebih kemas


bagi orang yang berambut kerinting.

kembang dan tak terurus.

kepuasan diri.

ULASAN :

Memotang rambut yang panjang dan menipiskan rambut yang tebal bagi wanita sebenarnya dibolehkan tetapi hendaklah dengan cara yang baik dan bukanlah kerana niat mahu mengikut gaya wanita kafir atau fasiq kerana apabila berniat menyerupai mereka maka akan termasuklah dalam golongan mereka.nak hadis tak?suatu hadis yang bermaksud:"Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum,maka dia adalah dari golongan mereka".(HR Abu Daud)

Perbuatan meniru gaya rambut dengan bentuk atau gaya fesyen dan penampilan kafir yang tidak sesuai dengan akhlak Islam adalah perbuatan yang haram.Dengan melakukan perbuatan itu bererti mengikut budaya mereka dan terpesong dari budaya Islam kita.

Wanita yang ingin memotong rambut hendaklah membetulkan niatnya untuk tidak mengikut atau menyerupai lelaki.Telah disebut dalam sebuah hadis mengenai hal ini yang bermaksud:"Dari Ibnu Abbas ra. katanya :"Rasulullah SAW melaknat kepada orang2 lelaki yang berlagak seperti wanita,juga wanita yang berlagak seperti lelaki".

Dalam riwayat lain disebutkan :"Rasulullah SAW melaknat kepada orang2 lelaki yang menyerupakan diri sebagai kaum wanita dan orang2 perempuan yang menyerupakan diri sebagai kaum lelaki".(HR Bukhari)

Oleh sebab inilah wanita dilarang mencukur rambut kerana dengan pencukuran itu akan mencerminkannya sebagai lelaki dari segi gaya dan penampilannya yang bererti keluar dari tabiat kewanitaannya.Maka jelaslah haram pencukuran bagi wanita.Sebagaimana hadis dari Ali b. Abi Talib ra. katanya:"Rasulullah SAW melarang wanita mencukur rambut kepalanya".(HR Tarmizi Dan Nasai'e)

Namun demikian jika terdapat penyakit kulit kepala,luka2 yang perlu untuk dicukur,maka dibolehkan untuk dicukur.Ini adalah di atas alasan darurat.Walaubagaimanapun tidak dibenar memperlihatkan kepala kepada orang lain sehingga sembuh luka2 itu dan kulit kepalanya bersih seperti sediakala.Tetapi jika terdapat cara lain yang boleh mengatasi penyakit itu seperti penggunaan minyak dan sebagainya,sehingga tidak perlu dicukur maka itulah yang terbaik.

Dalam masalah mengkerinting rambut dan meluruskannya juga terdapat kesamaran samada ia boleh dilakukan ataupun tidak.Ini kerana jika ianya bersifat selamanya-lamanya tentulah haram membuatnya kerana ia punyai unsur merubah ciptaan Allah SWT.Tetapi dalam hal ini,kaedah meluruskan dan mengkerintingkan itu hanya bersifat sementara dan boleh berubah kepada kejadian asal semula selepas beberapa waktu.nampaknya setakat ini sahajalah ilmu yang ingin ana kongsikan kali ni.ana nak solat dulu.nantikan sambungannya lagi pada masa akan datang.InsAllah,biiznillah..


2 comments:

Muallim Adham said...

slm... wanita, kecantikan adalah abstrak bg lelaki. akhlak yg mulia tu penghias peribadi bg wanita.. itulah kecantikan sebenar

zwaniislam said...

'aleikslm.thoibb2.wanita solehh perhiasn duniawi.InsAllah,.