Tuesday, May 26, 2009

'sumber rujukan : Dar Ifta' al-Misriyyah'

01.Hukum pakai cincin besi bagi orang lelaki?
Makruh. Kata setengah ulama' Haram.

02.Saei di antara Sofa dan Marwah menggunakan laluan lama dan baru yang diperluas?
Sah saeinya. Setengah pendapat mensyaratkan darurah dalam menggunakan laluan baru yang diperluas.

03.Sambutan maulid Ahli Bait Rasulullah dan para masyaeikh tarikat?
Harus.

04.Hukum menemui paderi atau sami budha untuk tujuan berubat?
Haram dan boleh bawa kepada syirik.

05.Hukum berhubung dengan jin?
Tidak harus berhubung dengan jin dengan apa jua cara.

06.Hukum jual barang (yang dibeli secara ansuran) dengan cash?
Sah jualan tersebut.

07.Hukum solat di belakang imam yang bermazhab bukan Syafe'i?
Sah solatnya.

08.Suara perempuan aurat?
Yang rojih bagi kami ialah suara perempuan itu tidak aurat pada zatnya. Akan tetapi melembutkan suara itu dengan perkataan akan menarik perhatian lelaki yang bukan mahram adalah dilarang.

09.Pergaulan lelaki perempuan di universiti?
Tidak ada apa-apa halangan daripadanya dari sudut syara' selagi pergaulan itu mengikut had adab-adab dan mengikut ajaran Islam. Dan adalah perempuan itu perlu bersopan dalam pemakaiannya, mengenakan pakaian yang luas dan longgar tidak menyifatkan dan menampakkan apa yang di bawahnya dan juga tidak menzahirkan susuk tubuhnya dalam masa yang sama menjaga pandangannya dan tidak terlibat dengan khalwat walau apapun keadaan dan sebab, dan dengan syarat menjaga apa yang diharamkan oleh Allah dalam penglihatan, pendengaran dan perasaan.

10.Hukum puasa perempuan dlm haidh dan nifas?
Haram.

11.Solat Juma'at diganti dgn solat zohor?
Harus dlm keadaan darurah.

12.Isteri mengeluarkan zakat kpd suaminya yg faqir?
Harus.

13.Zikir slps solat fardhu secara bersendirian atau berjemaah?
Sunat.

14.Jama' solat kerana uzur yg kuat?
Harus.

15.Puasa qada' dgn puasa 6 bulan Syawal dlm satu masa?
Harus.

16.Melafazkan (Talaffuz) niat utk solat?
Harus.

17.Solat di belakang imam yg fasiq?
Harus.

18.Menjawab panggilan ibu ketika solat sunat?
Harus.

19.Mengulangi wudhuk dan solat slps sempurna krn syak pd wudhuk?
Makruh.

20.Selawat ke atas Nabi SAW secara nyaring slps azan dan memuji dgn menyifatkan keutamaan baginda?
Harus.

21.Solat di Masjid yg ada kubur?
Harus.

22.Baca al-Quran melihat kpd mushaf ketika solat?
Harus.

23.Tinggal solat Juma'at ketika musafir?
Harus.

24.Bersalaman slps solat?
Harus.

25.Hukum perempuan jadi imam kpd lelaki pd solat juma'at?
Haram.

26.Berwudhuk sebelum mandi wajib?
Sunat.

27.Solat jenazah ke atas org murtad?
Haram

No comments: