Monday, December 7, 2009


بسم الله الرحمن الرحيم

Menjawab kepada soalan akhi Hasif merangkap sahabat sekuliyah ana yang bertanyakan tentang zikir Qalbi.insyaAllah,ana akan cuba menghuraikan sedikit tentang maQam zikir ya'ni peringkat-peringkat zikir.ana terang ringkas je lah.mudahah-mudahan walaupun sikit,tapi bermanfaat kepada kita semua.sesungguhnya perbandingan pengetahuan Allah Ta'ala dengan hambaNya amatlah jauh berbeza.seperti yang tercoret di dalam mushaf Quran yang berbunyi;

قل لوكان البحر مدادا لكلمات ربى لنفد البحر قبل ان تنفد كلمات ربى ولو جئنا بمثله مدادا


katakanlah Muhammad,seandainya lautan menjadi tinta untuk menulis kalimat-kalimat Tuhanku,maka pasti habislah lautan itu sebelum habisnya penulisan kalimat-kalimat Tuhanku,meskipun Kami datangkan tambahan sebanyak itu(pula).(surah al kahfi ayat 109)

Zikir secara umumnya ialah apa sahaja amalan dan perbuatan zhohir dan batin yang membawa seseorang itu kepada mengingati Allah. Amal ibadat dan perbuatan sama ada yang zhohir atau batin yang berlandaskan hukum syarak yang dikerjakan dengan tujuan untuk mendekatkan diri dan mendapat keredhoan Allah dikatakan ianya sebagai zikir. Ini adalah kerana zikir itu terbahagi kepada beberapa bahagian dan martabat seperti Zikir Anggota, Zikir Lisan, Zikir Qalbi dan Zikir Sir serta Zikir yang tenggelam dalam Mazkurnya.zikir juga di sebut di dalam mushaf Quran yang berbunyi;

الذين ءامنوا وتطمئن قلوبهم بذكرالله الا بذكرالله تطمئن القلوب

(iaitu)orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah.Ingatlah,hanya dengan mengingat Allah hati akan menjadi tenteram.


Ayat diatas menunjukkan kepada kita betapa perlunya seorang hamba itu membasahi lisannya dengan berzikir.

Tingkatan Pertama:Zikir Lisan

Tuntutan untuk melakukan Zikir ini adalah sangat-sangat ditekankan sebagai senjata dan alat pencuci jiwa semasa dan sepanjang perjalanannya menuju kehampiran. Walaupun lalai atau merasa pahit dan berat untuk berzikir, mereka digalakkan juga untuk mengistiqamahkan Zikir Lisan ini mengikut awarid dan bilangan-bilangan tertentu.Lidah yang digunakan untuk berzikir sekurang-kurangnya dapat mengelakkannya daripada mengumpat-umpat dan mengeji orang lain atau ucapan yang sia-sia atau lagho.Inilah wajah-wajah kemuliaan yang dikurniakan Allah kepada mereka yang berzikir walaupun hatinya lalai. Kemampuan untuk berzikir secara lisan tanpa hudur hati ini hendaklah disyukuri agar nanti mendapat kurnia dan anugerah Allah.

Dengan kemuliaan kurnia Allah yang sedikit dan kelebihan yang ada pada orang yang bersyukur inilah, maka Muallif (Sheikh Ibni Athoillah As-Kanddari) mendatangkan kalam hikmahnya yang seterusnya sebagaimana berikut;

Maka mudah-mudahan bahawa diangkatkan oleh Allah akan dikau daripada Zikir(lisan) serta diperoleh lalai kepada Zikir serta diperoleh jaga(Yaqozhoh).

Keterangan:

Maka mudah-mudahan bahawa diangkatkan oleh Allah akan dikau daripada Zikir serta diperoleh lalai kepada Zikir serta diperoleh jaga(Yaqozhoh) dengan LathifNya dan InayahNya kerana bahawasanya jaga itu ingat hati daripada mengantuk ghoflah dan tidur juhalah kepada Hadirat Al-Wafah(sempurna sebagai seorang hamba) dan Adab Al-Khidmat. Dia sanalah berpindah ia daripada zikir lisan daripada zikir qalbi yang Hudur daripada melazimkan dia (zikir lisan).

Tingkatan Kedua:Zikir Qalbi

Apabila seorang hamba mengistiqamahkan dan sentiasa bersyukur dengan Zikir Lisan mereka, Insya Allah.... Allah Yang Maha Lemah Lembut dengan pertolongan dan limpah kurniaNya akan mengangkatkan martabat Zikir Lisan mereka kepada Zikir Yaqzhoh.Dengan Zikir Yaqzhoh ini, hati hamba yang sebelum ini lalai atau ghoflah dengan gangguan-gangguan keduniaan akan terjaga dan tersedar untuk mula melihat kepada hakikat Zikir Lisan serta segala suatu yang lain.Mata hati yang sebelum ini tertutup sewaktu berzikir akan terbuka untuk memandang Keesaan dan Keagungan Allah. Zikir-zikir lisan yang diucapkan akan terlancar dan bergerak selari dengan gerakan hati di samping dapat merasai makna-makna dan rahsia zikir mengikut kadar yang dikurniakan Allah.

Hati yang sebelum ini, buta dan jahil dengan hakikat dan makrifat mula mengenali dan memahami makna-makna di Alam Malakut yang terpancar pada zhohir sesuatu.Mereka dapat melihat akan hikmah dan pengajaran di sebalik sesuatu yang zhohir yang mendatangi mereka. Hiduplah hati atau jiwa mereka menuju ke Hadirat Al-Wafah yang akan menyempurnakan kebersihan hati untuk layak dipanggil sebagai seorang hamba dengan tahu melaksanakan adab-adab kehambaan dan adab-adab Ketuhanan dengan pelbagai hal-ahwal hati yang merujuk kepada kepatuhan dan ketundukkan yang penuh dengan kesedaran batin.

Dengan sebab inilah Zikir serta jaga ini dinamakan juga sebagai Zikir Qalbi kerana hidup hati itu dengan mengingati dan memandang Allah pada setiap kali memandang "ghair" atau sesuatu yang zhohir; sedar dan terjaga hati itu untuk mengenal dan memahami akan hakikat bagi segala sesuatu.Dengan Zikir Qalbi inilah, bermulalah satu perjalanan hati untuk meneroka dan memasuki alam-alam batin atau alam-alam rahsia atau Alam Ketuhanan Yang Maha Tinggi. Dan dengan kerana inilah diisyaratkan pula Muallif (Sheikh Ibni Athoillah As-Kanddari) sebagai menyambung dalam kalam hikmahnya yang seterusnya sebagaimana beriknya;

Dan daripada zikir serta diperolehi jaga (Zikir Yaqozhoh) kepada zikir serta wujud Hudur serta Allah (Zikir Sir).


Keterangan:

Dan daripada zikir serta diperolehi jaga pada zikir serta oleh Hudur serta Allah. Dan adalah Hudur kepada mereka itu iaitu Hudur dengan Haq Taala tatkala ghaibnya daripada sekelian pancaindera dan daripada memandang agyar. Dan dalam Maqam ini berpindah ia daripada Zikir Qalbi kepada Zikir Sir.Zikir Sir itu ghaib ia daripada barang yang lain daripada Mazkor.

Tingkatan Ketiga:Zikir Sir


Sesungguhnya Allah Ta'ala itu maha Penyayang lagi maha Mengasihi akan hambaNya.Maka dengan KasihNya yang maha tinggi lalu Allah Ta'ala mengangkatkan Maqam Zikir Qalbi seorang hamba pilihanNya kepada tingkat yang seterusnya iaitu Zikir Sir.Zikir Sir ini merupakan Zikir yang telah datang kehadiran hati serta Allah. Dan Zikir ini juga merujuk kepada kehadiran Rahsia diri yang terpendam sebelum ini. Hidup Sirnya dengan TuhanNya di mana seluruh ingatan, seluruh pandangan(syuhud) dan seluruh "rasa" tertumpu kepada Yang Haq. Ingat dengan Yang Haq; Syuhud kepada Yang Haq dan "merasa" dengan Yang Haq. Dengan kata lain, seluruh anggota badan yang zhohir dan batin sentiasa dalam keadaan Zikir

Ini adalah kerana,jiwa atau hati hamba telah hapus atau hilang atau qhaib daripada pengaruh pancaindera dan memandang kepada Agyar pada pihak tidak diiktibarkan apa yang dilihat, apa yang didengar, apa yang dirasa, apa yang diucapkan; malah setiap hal-ahwal zhohir mereka adalah merupakan Zikir kerana mereka tidak melihat sesuatu itu melainkan dilihatNya Allah dan tidaklah mereka dilakukan sesuatu perbuatan atau amalan melainkan dengan "perintah" yang datang dari Allah.

Sungguhpun demikiannya hal keadaan hati yang sentiasa ingat akan kehadiran Allah dalam tiap-tiap sesuatu itu berzikir dan berzikir dengan Sirnya, namun ianya belum sampai kepada puncak kesempurnaannya yang Hakiki. Hati ini masih melihat dan memandang kepada dirinya sendiri, hati ini masih terpesona dengan keajaiban rahsia dirinya di mana hal ini menunjukkan bahawa masih ada lagi wujud yang lain iaitu dirinya.walaubagaimanapun Allah Ta'ala lebih mengetahui akan rahsia di sebalik zikir itu.

Tingkatan Keempat:Maqam Kesempurnaan


Setelah melalui hal-ahwal atau Maqam Zikir serta Hudur atau disebut juga sebagai "Zikir Sir", seorang hamba dengan limpah kurnia Allah akan diipndahkan pula kepada Zikir Yang Ghaib dalam MazkurNya atau disebutkan juga sebagai "Ghaib Zikirnya dalam Zikir" atau "Zikir dengan Mazkur" pada pihak hilang atau ghaib diri/hati yang berzikir dalam Hakikat Zikir iaitu Allah. Maqam ini adalah merupakan puncak atau tingkat tertinggi bagi mereka yang seakan mabuk dengan TuhanNya Yang Ampunya Zikir. Keadaan ini digelar juga Fana dalam Fana di mana hilang segala rusum dan isyarat. Apa yang wujud ialah Wujud Yang Hakiki yakni Allah semata-mata.

Dari keterangan dan perbincangan seperti yang telah disentuh sebelum ini, sekiranya kita dapat menangkapi kefahamannya, jelaslah bahawa bagi setiap tingkat Zikir itu menunjukkan hal-ahwal hati/diri atau yang menyatakan Maqam kedudukan hamba dengan TuhanNya.Sebagai merumuskannya..

Keterangan oleh Pengarang Kitab Hikam;

Dan pada ketika itu

dalam Zikir Lisan itu Maqam orang orang yang ahli Ghoflah daripada segala orang awam.

Dan Maqam Zikir Lisan dengan jaga Qalbi itu Maqam orang yang Ahli Suluk.

Dan Maqam Zikir Dalam Hadirat Mazkur itu Maqam Al-Khowas

Dan Maqam Al-Ghaib Dalam Mazkur dari pada Zikir itu Maqam Khowasul-Khowas, orang yang alhi Fana 'An Fana.

Keterangan dalam Suluk:


Apa hal pun guru suluk memberi peringatan bahawa, tidaklah patut bagi mereka yang berada pada maqam-maqam yang terkebawah mengamalkan zikir-zikir Maqam yang di atasnya. Umpama seorang awam yang ahli ghoflah...kerana terlalu ingin cepat sampai kepada Maqam tertinggi meninggalkan Zikir Lisan dan terus berzikir dengan Zikir Sir iaitu "Hu Hu". Bandingannya seperti seorang yang memakai pakaian orang lain yang tidak sepadan/sepatutnya dengan saiz tubuhnya. Baju atau jubah yang saiznya besar jika dipakaikan pada tubuh yang kecil, maka akan tampaklah kejanggalannya. Bukankah ini satu amalan atau usaha perbuatan yang menunjukkan "kurang berakalnya" si pemakai. Menunjukkan amalan atas dorongan nafsu semata-mata dan biasanya ia tak akan bertahan lama(tidak istiqamah).

Apa yang perlu dan patut dilakukan ialah tetap pada halnya atau maqamnya dan melaksanakan hak dan adab-adab hal atau maqam tersebut di mana mereka menetap/duduk sehinggalah mereka diperintahkan untuk berpindah kepada maqam-maqam yang lain. Inilah sebahagian kecil daripada adab-adab bagi mereka yang berzikir.masih tergiang ditelinga ana kata-kata nasihat abah dan ibu ana tentang ini.katanya,zikir ini umpama mencuci baju betul-betul di tempat yang terkena kotoran.bukannya mencuci secara kasar atau secara rambang.begitu juga jika kita berbuat dosa kepada Allah Ta'ala,kita akan solat taubat dan beristiqfar.nampaknya setakat ini sahajalah ana mampu terangkan.apa pun ana mengundur diri dulu.salam

Monday, November 16, 2009

25 nasihat Luqmanul Hakim

1.Wahai anakku:ketahuilah,sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam,banyak manusia yang karam ke dalamnya.bila engkau ingin selamat,agar jangan karam,layarilah lautan itu dngan SAMPAN yang bernama TAQWA,ISInya ialah IMAN dan layarnya adalah TAWAKKAL kepada ALLAH.
2.Orang2 yang sentiasa menyediakan dirinya untuk menerima nasihat,maka dirinya akan mendapat penjagaan dari Allah.Orang yang insaf dan sedar setelah menerima nasihat orang lain,dia akan sentiasa menerima kemuliaan dari Allah juga.

3.Wahai anakku,sandainya ibu bapamu marah kepadamu kerana kesilapan yang dilakukanmu,maka marahnya ibu bapamu adalah bagaikan baja bagi tanam-tanaman.

4.Wahai anakku,orang yang merasa dirinya hina dan rendah diri dalam beribadah dan taat kepada Allah,maka dia tawaddu' kepada Allah,dia akan lebih dekat kepada Allah selalu berusaha menghindarkan maksiat kepada Allah.

5.Jauhkan dirimu dari berhutang,kerana sesungguhnya berhutang itu boleh menjadikan dirimu hina di waktu siang dan gelisah di waktu malam.

6.Dan selalulah berharap kepada Allahtentang sesuatu yang menyebabkan untuk tidak menderhakai Allah.Takutlah kepada Allah dengan sebenar benar takut(taqwa),tentulah engkau akan terlepas dari sifat berputus asa dari rahmat Allah.

7.Wahai anakku,seorang pendusta akan lekas hilang air mukanya kerana tidak dipercayai orang dan seorang yang telah rosak akhlaknya akan sentiasa banyak melamunkan hal2 yang tidak benar.Ketahuilah,memindahkan batu besar daripada tempatnya semula itu lebih mudah daripada memberi pengertian kepada orang yang tidak mahu mengerti.

8.Wahai anakku,engkau telah merasakan betapa beratnya mengangkat batu besar dan besi yang amat berat,tetapi akan lebih lagi daripada semua itu,adalah bilamana engkau mempunyai tetangga(jiran) yang jahat.

9.Wahai anakku,janganlah engkau mengirimkan orang yang bodoh sebagai utusan.Maka bila tidak ada orang yang cerdik,sebaiknya dirimulah saja yang layak menjadi utusan.

10.Jauhilah sifat dusta,sebab dusta itu mudah dilakukan,bagaikan memakan daging burung,padahal sedikit sahaja berdusta itu telah memberikan akibat yang berbahaya.

11.Wahai anakku,bila engkau mempunyai dua pilihan,takziah orang mati atau hadir perkahwinan,pilihlah untuk menziarahi orang yang mati,sebab ianya akan mengingatkanmu kepada kampung akhirat sedangkan menghadiri pesta perkahwinan hanya mengingatkan dirimu kepada kesenangan duniawi sahaja.

12.Janganlah engkau makan sampai kenyang yang berlebihan,kerana sesungguhnya makan yang terlalu kenyang itu adalah lebih baiknya bila makanan itu diberikan kepada anjing sahaja.

13.Wahai anakku,janganlah engkau langsung menelan sahaja kerana manisnya barang dan janganlah langsung memuntahkan saja pahitnya sesuatu barang itu,kerana manis belum tentu menimbulkan kesegaran dan pahit itu belum menimbulkan kesengsaraan.

14.Makanlah makananmu bersama-sama dengan orang yang taqwa dan musyawarahlah urusanmu dengan para 'alim ulamak dengan cara meminta nasihat dari mereka.

15.Wahai anakku,bukanlah satu kebaikan namanya bilamana engkau selalu mencari ilmu tetapi engkau tidak pernah mengamalkannya.Hal itu tidak ubah bagaikan orang yang mencari kayu bakar,maka setelah banyak ia tidak mampu memikulnya,padahal ia masih mahu menambahkannya.

16.Wahai anakku,bilamana engkau mencari sahabat sejati,maka ujilah terlebih dahulu dengan berpura-pura membuat dia marah.Bilamana dalam kemarahan itu dia masih berusaha mengingatkan kamu,maka bolehlah engkau mengambil dia sebagai sahabat.Bila tidak demikian,maka berhati-hatilah.

17.Selalulah baik tuturkata dan halus budibahasamu serta manis wajahmu,dengan demikian engkau akan disukai orang melebihi sukanya seseorang terhadap orang lain yang pernah memberikan barang yang berharga.

18.Wahai anakku,bila engkau berteman,tempatkanlah dirimu padanya sebagai orang yang tidak mengharapkan sesuatu daripadanya.Namun biarkanlah dia yang mengharapkan sesuatu darimu.

19.Jadikanlah dirimu dalam segala tingkahlaku sebagai orang yang tidak ingin menerima pujian dan mengharap sanjungan orang lain kerana itu adalah sifat riyak yang akan mendatangkan cela pada dirimu.

20.Wahai anakku,janganlah engkau condong kepada urusan dunia dan hatimu selalu disusahkan oleh dunia saja kerana engkau diciptakan Allah bukanlah untuk dunia sahaja.Sesungguhnya tiada makhluk yang lebih daripada orang yang terpedaya dengan dunianya.

21.Wahai anakku,usahakanlah agar mulutmu jangan mengeluarkan kata2 yang busuk dan kotor serta kasar,kerana engkau akan lebih selamat bila berdiam diri.Kalau berbicara,usahakanlah agar bicaramu mendatangkan manfaat bagi orang lain.

22.Wahai anakku,janganlah engkau mudah ketawa kalau bukan kerana sesuatu yang menggelikan,janganlah engkau berjalan tanpa tujuan yang pasti,janganlah engkau bertanya sesuatu yang tidak ada guna bagimu,janganlah mensia-siakan hartamu.

23.Barangsiapa yang penyayang tentu akan disayangi,sesiapa yang pendiam akan selamat daripada berkata yang mengandungi racun,dan sesiapa yang tidak dapat menahan lidahnya dari berkata kotor tentu akan menyesal.

24.Wahai anakku,bergaulah rapat dengan orang yang 'alim lagi berilmu,perhatikanlah kata nasihatnya kerana sesungguhnya sejuklah hati ini mendengarkan nasihatnya,hiduplah hati ini dengan cahaya hikmah dari mutiara kata2nya bagaikan tanah yang subur lalu disirami air hujan.

25.Wahai anakku,ambillah harta dunia sekadar keperluanmu sahaja,dan nafkanlah yang selebihnya untuk bekalan akhiratmu.Janganlah engkau tendang dunia ini ke keranjang atau bakul sampah kerana nanti engkau akan menjadi pengemis yang membuat beban orang lain.Sebaliknya janganlah engkau peluk dunia ini serta meneguk habis airnya kerana sesungguhnya yang engkau makan dan pakai itu adalah tanah belaka.Janganlah engkau bertemankan dengan orang yang bersifat talam dua muka,kelak akan membinasakan dirimu.

Tuesday, November 10, 2009

Kehidupan Malaysia dan Jordan
(Baca mengikut lahjah Perak Pio)

Dulu ada ketupat lemang,
Sekarang buluh pun tak "mandang"

Dulu malam memang "pantang",
Sekarang malam macam siang

Dulu jalan sorang-sorang,
Sekarang murokib keliling pinggang

Dulu katil beso macam untuk 2 orang,
Sekarang katil kongsi dengan orang

Dulu tengok filem melayu je "medang",
Sekarang semua filem arab je "manjang"

Dulu petang-petang ziarah binatang "semedang",
Sekarang ziarah aswaq zamzam time petang

Dulu main kat kandang,
Sekarang riadah kat padang

Dulu nasi dengan tempoyak tak pernah "lekang",
Sekarang cari kebab petang-petang

Dulu gebo senipis bawang,
Sekarang gebo boleh buat kain tutup kapal terbang

DAN,..

Dulu beg penuh makanan time mula datang,
Sekarang beg penuh kitab time nak pulang

Sunday, September 20, 2009

pantun raya


Ayah dan ibu ke Pasar Raya,
Naik kereta guna Lebuh Raya,
Singgah sebentar di Kota Raya
Untuk membeli Kad Raya,

Sebulan sudah Kita Berpuasa,
Ada juga yang tak Berpuasanya,
Kini sudah Tiba Masanya,
Selamat Menyambut Hari Raya.

Saban hari kita asyik Berpilihanraya,
Kerana wakil Rakyat Meninggal Dunia,
UMNO dan PAS bersua muka,
Duduk Semeja Menjamu Selera.

Malam Syawal Pasang Pelita,
Baru lepas Puasa,
Dah jadi Hantu Raya,
Ketika Kita Beriang Ria,
Jangan Lupa Mereka yang Menderita.

Hidang kek atas Meja,
Enak di makan sedap di rasanya,
Rendah Diri Sifat Mulia,
Mohon ampun Salah dan Dosa.

Satu Tahun Sekali Sahaja,
Eidilfitri untuk kemenangan Mulia,
Hari Raya Datanglah ke rumah Saya,
Tak cukup duit Gunalah Air Asia.

Gurau Senda Menggamit Ceria,
SMS di hantar Ganti kad Raya,
Mari Berdoa Pada Allah yang Esa,
Semoga Kita mendapat Redhanya.Amien ya Rabb..

Friday, September 4, 2009

رمضان مبارك عليكم جميعا


عن أبي هريرة ( كان رسول الله ( صلى الله عليه وسلم ) يبشر أصحابه بقدوم رمضان يقول : قد جاءكم شهر رمضان شهر مبارك كتب الله عليكم صيامه وفيه تفتح أبواب الجنة وتغلق فيه أبواب الجحيم و تغل فيه الشياطين فيه ليلة خير من ألف شهر من حرم خيرها فقد حرم)

أحمد والنسائي
فاغتنموها فرصة اخواني و اخواتي و ابذلوا جهدكم كي تحظوا بكل النعم و الخيرات التي قد نستطيع نيلها في هذا الشهر الكريم
جزاكم الله كل خير
^_^